Pages

Tuesday, June 29, 2010

No time to SEE

Actualy july adalah bulan permulaan yg agak sibuk. Walaupun sebenarnya andai masa diatur dengan sempurna tidaklah akan berlaku kekalutan. But i try d best untuk semua yang bakal akan ku lakukan. Pada Agama, Bangsa dan Negara...

Last Jun 2010 bermula lah episod kelam kabut, kusut masai, haru biru... Segala macam kerja nak kena settlekan. Dengan tanggungjawab kat sekolah. Praktikum lagi. Assgment lagi. Ntah mana satu yang perlu di dahulukan. Semuanyer jadi setengah jalan. Masuk kawasan sekolah tugasan sekolah kena bereskan. Keluar dari sekolah tak jugak siap tugasan sekolah. Aduhai... PENAT MAKCIK NAK OIiii.....hehehee..

Walau bagaimanapun semua tue bukan alasan..kena la jalankan tanggungjawab... Tanggungjawab is tanggungjawab. Jgn pandang ringan jer. " Kekadang kena motivate diri sendiri kalau nak maju dalam hidup".. chewaah.....hihihi...

Malam nie kerja terbengkalai x siap. Alkisahnyer printer plak tetiba problem.. paper jam la, ink problem, sampai akhirnyer aku tutup WORD kerja tue dan layan FB and BLOG kejap. Begini la, kalau kita nak cepat, macam2 yang x kena. Tue x kena, nie x kena. ان الله مع الصبرين ...

ان نوم كبس عليه ...kater org MISR..so nak chow la dlu..mengantuk dah nie...

Monday, June 14, 2010

Berbaju Kurung...




Hari nie 14 jun 2010 bersamaan dengan hari Isnin. Satu peristiwa yang belum pernah aku buat sebelum ini, nak tahu ker???? heheheee.. aku pakai baju kurung pergi berjalan di bandar Kota Kinabalu. Selalunya aku lebih gemar mengenakan t-shirt atau blaus ataupun kemeja dengan berseluar bila keluar tapi hari nie aku terasa teringin benar untuk mengenakan baju kurung. Aku mengenakan baju kurung warna ungu yang kainnyer ku beli di bumi Alexandaria Mesir.hehehee.....

Ku rasakan sungguh selesa pula berbaju kurung. Entah kenapa ya?? Mungkin ini satu perubahan yang baik untuk diriku. Harap-harap keadaan ini akan berterusan sampai bila2. hahahaaa....

sepanjang aku berjalan di bandar Kota Kinabalu ku rasakan seperti orang melihatku, ( ke aku yang perasan ..hahaaaaa ) Al maklum la.., aku berbaju kurung hari ni..hehehe.. walau apapun benar kata orang baju kurung adalah sangat sinonim dengan gadis melayu. Sungguh sopan gadis melayu bila mengenakan baju kurung berbanding jika berseluar dan ber t-shirt. ada unsur budaya daripada luar berbanding kita memakai baju kurung. Rasa keMELAYUAN GITUUUU....

Hari ni, aku berjalan sekadar ke stationary jer. " POPULAR " tentu you all semua dah biasa pergi " POPULAR ".x kisah la kalaupun ia cawangannya di semenanjung, yang penting pernah pergi. BETUL TAK !!..
Aku pun x ketinggalan untuk ke sana..belek punyer belek buku, akhirnya habis jugak duit nie membeli sekitar RM60. Waduh-waduh...Tapi x mengapalah , kalau untuk tambah ilmu per salahnya daripada membazir ke tempat lain. Yer Tak???
Ada lagi keperluan lain yang aku beli jugak, dah alang-alang so jangan susahkan diri nak cari kat tempat lain pulak.hehehee

Settle beli-beli buku, aku rasa macam penat sangat la, patutla rupernyer dari pagi lagi aku belum makan dan minum walau sesuap dan setitik pun air. Sampaikan nak naik tangga pun x larat you all tahu x.. sadis sungguh aku nie. Yer la bila member puasa, aku pun malas la nk breakfast macam selalu. Cincai-cincai udah la. Niat hati memang nak berpuasa jugak tapi keadaan tidak mengizinkan. Biasa la kaum wanita kan...hahahaaaaa... Minggu depan aku gerenti akan posa...dah jadi kebiasaan la posa Isnin, Khamis nie..Samping-samping tuk menurunkan berat badan nie..hheeheheheee

Di pendekkan cerita berbaju kurung aku nie, akhirnya kena la jugak masuk market ikan. Alahai... Ingat x mo masuk tapi akhirnya kena jugak masuk. Apa boleh buat. Membeli ikan untuk di masak petang nie. Aku beli 1kg kerang, 1kg ikan bawal dan 1kg sotong. Boleh la di simpan dalam peti sejuk sampai hari Rabu lebih kurang. Kalau rajin memasak tapi kalau tidak sampai hujung minggu la.. Heheheheeeee...
Sempat jugak shoping beli sayur sikit. Beli bayam seikat.:-
( orang perempuan kena rajin masak )....." tue la moral of d story nyer.. jgn cantik jer lebih tp suh gi dapur utk masak tak reti, buat malu jer. Pandai goreng telur pun dah ok zaman2 canggih manggih nie. Heheheeee....

Tangan pun dah penuh kiri dan kanan, akhirnya dengan menaiki kereta Myvi kawanku SAB 7362 A we all pun balik ke rumah.. Keletihan dan akhirnya mata pun zzzzzz.....
Tue la kisah hari nie yang berbaju kurung berjalan ke bandar Kota Kinabalu...
SEE U AGAIN.....

Sunday, June 13, 2010

Mencari Kawan, Kenalan, Senior Lama

Alkisahnyer, malam nie terhajat dan terniat di hati untuk mencari semua kawan, kenalan, senior lama waktu kecik2 dulu. Bukan aper, terasa menjadi tanggungjawb untuk menyambung hubungan silaturrahim yang terputus. So mana-mana kawan, kenalan, senior lama yang terbaca notis nie add la saya di FB. jgn lupa tau....

Kemuliaan Mu Rejab... Sentiasa Ku Tunggu....

Rejab datang lagi memunculkan dirinya. Namun masih ada yang tidak menyedarinya. Kemunculan Mu Rejab sentiasa ku tunggu namun di awal kedatanganMu aku tidak dapat menyambutnya dengan berpuasa. Tapi aku berjanji apabila masa tiba, aku akan memuliakan Mu dengan berpuasa. Rejab oh Rejab. Kau di kenali dengan bulan Allah. Sayang andai aku tidak menghargai kedatanganMu.

Berpuasa, tingkahkan amal ibadah, bersedekah dll amal ma'aruf adalah sangat baik di bulan Mu ini wahai yang bernama Rejab. Selamat menjalani bulan Rejab dengan amal ibadah yang makin bertambah.

اللهم بارك فى الرجب والشعبان وفى الرمضان ......

"Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq."

Wednesday, June 9, 2010

Thursday, June 3, 2010

Cuti Kejap Jer!!!!

After 3month x dapat balik dan akhirnya, aku dapat balik juga ke kampung halaman kat Semenanjung Malaysia. Windu nyeeeeeeeeeeeeeeee

Cuti kali nie, semua orang belum cuti lagi. Orang2 yang bekerja ( terutama guru2 ) hehehe... dapat cuti selama 3 minggu. Tapi aku cuti seminggu jer daripada orang lain. Apa boleh buat. Tuntutan dan keperluan melebihi keinginan..hehehee

Walau apapun syukur pada Allah SWT atas kelapangan masa yang telah di berikan kepada aku. Dapat jugak balik menjenguk kedua orang tuaku... ( ma dengan abah ).. Syukur pada Allah SWT sekali lagi.

Tapi kepulangan pada kali ini agak berbeza, aku sedih melihat adik bongsu ku. Kenapa dia begitu?? Aku msih tertanya2. Apakah sebab musabab yang menjadikan dia begitu?? Sedih melihat dirinya. Yang dulunya seorang yang manja, riang, ceria dan suka bergurau tapi kini sebaliknnya. Aku tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Sedih memikirkan keadaan adikku. Ma seringkali menitiskan airmata bila mengenangkan keadaan adikku yang begitu. Aku tidak tahu apakah jalan kesudahan daripada keadaan adikku ini.

Inginku ceritakan tapi, airmataku pasti akan mengalir bila terkenangkan keadaan adikku. Aku tidak dapat menahan sebak. InsyAllah suatu masa yang sesuai nanti aku pasti akan menceritakannya.

Cuti ku akan berakhir 2hari lagi, 5hrbln nie aku akan terbang semula ke Sabah. Berjauhan lagi dengan ma dan abah. Makin sebak dadaku ini. Tapi mahu atau tidak mahu, itulah yang akan terjadi.

Akan bertemua lagi dengan keluargaku pada 4September 2010..