Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Thursday, February 11, 2010

2010.....




Februari bakal melabuhkan tirainya dengan di pertengahan bulannya sekolah akan bercuti sehingga 21/2 nie. Sempena menyambut Tahun Baru Cina dan cuti persekolahan selama satu minggu tidak ku sia-siakan dengan pulang ke semenanjung. rindu pada keluarga. Kebetulan cuti kali nie jer dapat balik ke semenanjung, cuti yang akan datang dah tak dapat balik sebab kena masuk ipgm kampus kent untuk interaksi. So tak boleh lepaskan peluang yang ada nie. Dalam perancangan nie banyak yang harus di settlekan. Antaranya menyudahkan tugasan assigment yang telah diamanahkan untuk di selesaikan sebelum interaksi March 2010 nie.
Sepanjang awal tahun 2010 nie aku belum berkesempatan untuk mencoretkan bingkisan dalam blogku nie. Sibuk dengan urusan sekolah dan anak2 murid yang pelbagai ragam. Balik rumah jer dah penat so tak masa nak fikirkan apa yang nak di ceritakan dalam blog. Tahun 2010 tugasan aku di sekolah kian bertambah. Tak cukup dengan guru j-QAF aku di amanahkan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Guru Aksess 2010 di SK Sindumin. Aku terima tugasan yang di amanahkan ini dengan tangan terbuka. Aku turut dilantik menjadi org kedua penting dalam pelaksanaan Skim Pinjaman buku Teks SK Sindumin. Walaupun berat tugasan yang di berikan, aku tetap jua merasakan yang aku mampu untuk melakukannya mengikut keupayaan diriku sendiri. Apa yang termampu akan ku lakukan untuk memberikan yang terbaik dalam melakukannya.
Tahun 2010 nie waktu pengajaranku secara keseluruhan semuanya 32waktu.. Jadual dalam waktu P&P sebanyak 25waktu dan di luar jadual P&P iaitu tasmik sebanyak 8waktu. Letih jugak tue, kena pulak subjek pemulihan jawi, aduhai lagi la tenat. Susah untuk ku ceritakan cabaran mengajar Pemulihan Jawi. Anak2 Sabah secara majoritinya bukanlah dari satu golongan yang celik IQ nya dengan jawi berbanding dengan anak2 di sebelah semenanjung yang lebih terdedah kepada jawi. Kalau di semenanjung anak2 kecil secara majoritinya telah di asuh dengan bacaan Iqra. Tapi berlainan pula dgn Sabah, majoritinya tidak kenal apa itu Iqra melainkan ibu bapa yang menghantar anak2 mereka ke sekolah Pra persekolahan. Walau apapun cabaran itu perlu ku sahut untuk menjadikan anak2 Sabah jugak mampu untuk maju dalam Pendidikan ilmu Jawi.kata orang "tak kenal maka tak cinta " maka begitulah juga yang berlaku. Anak2 Sabah belum mengenali namun setelah mereka mengenalinya, ada anak2 nie yang tak sabar nak tunggu waktu P&P jawi dan Al-Quran.
Andai mahu bercerita tentang guru2 pula, aku sangan bersyukur pada Allah SWT atas apa yang telah di berikan padaku kini. Alhamdulilallah guru2 di SK Sindumin semua2 baik2 dan sporting belaka. Selalu memberi tunjuk ajar yang tidak terhingga kepadaku selama aku bertugas di sini. Aku rasa sangat bertuah kerana dapat berkhidmat di sekolah yang bukan calang-calang sekolah. Sekolah ku adalah sekolah cemerlang daerah Sipitang Sabah. Walaupun sekolah yang kecil tapi jiwa guru2 nya sangat besar untuk mendidik anak bangsa Sabah. Walaupun jauh daripada bandar tapi guru2 SK Sindumin adalah di tahap yang terbaik bagiku.
Serasanya cukuplah sedikit bingkisan untuk kali nie, hope bingkisan yang sedikit ini dapat menggambarkan betapa kehidupan ku di bumi Sipitang Sabah ini akan memberi makna dan kenangan yang indah dalam perjalanan hidupku yang baru bermula ini. Ku mohon pada Allah SWT akan selalu memberkati kehidupanku dunia dan akhirat. Andai aku tersasar dari landasanMu ya Allah maka peliharalah aku dan andai aku lemah kau kuatkan dan tabahkan hatiku ya Allah. hanya padaMu alu bermohon untuk kehidupan ini.
Ilal liqa maasalamah.....