Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Monday, February 21, 2011

Tawaran Lantikan PPPS gred DG41




Today aku telah menerima surat lantikan tetap PPPS gred DG41 from SPP.I'm happy about that. Namun dalam happy rasa sedih sedikit sebab punca rezeki ku jauh berada daripada org2 yang ku sayang. Kan best kalau dapat dok dekat!!! Tapi nak buat macam mana telah di tentukan begini perjalanan yang perlu aku lalui. Moga segalanya penuh dengan hikmah dan barakah.

SELAMAT MEMULAKAN TUGAS DI KEJAUHAN DARI ORG2 YG KU SAYANGI....

Rindu my princess yg "tecik molek"




" rindunyer dekat "my tecik molek"

Today i'm missing my "tecik molek"... Rindu nak tidokan dia dalam pangkuan dan pelukanku.. My "tecik molek" bila la acik nak cium "izzah" lagi. Rindunyer dekat dia. Penghibur menggantikan "budak temok" yang balik umah tokcik dia. Masing2 da kerenah masing2. Anak buah acik yang acik rindu. Bila dok jauh nie selalu teringat2 jer dekat 2org nephew.

Mujur la before blik hari tue sorang dpt jgk hantar ke airport. Sepanjang jalan dari rumah sampai kat airport "tecik molek" dalam pangkuan dan dukunganku. Bila mendukungnyer aku rasa segala beban di fikiran dengan masalah hilang. Rasa tenang. Seolah2 my "tecik molek" memberikan ku satu semangat yang baru. Memberikan aku kekuatan yang luar biasa.

acik rindu "tecik molek"

Tuesday, February 15, 2011

Panazzzzz nyer


Aduh x tahan dengan kepanasan dekat Sabah. Lagi pula dengan kedudukannya dekat dengan pinggir laut menyebabkan cuaca yang panazzzz bertambah2 bahangnyer. Pening kepala ku yang sangat menyengatkan. Baru sehari aku memulakan tugas di sini dengan di tambah cuaca yg tersangat panazzzzz. Adoiiiiiii maknyer...

1st day sekolah kelmarin, emmmmm...., satu suasana yang lama ku tinggalkan dan kini ku kembali semula. Rasa tidaklah begitu x-cited tapi ok. Yang dapat membuat aku x-cited andai aku dapat pindah. HEHEHEHeeeeeeee...... walau apapun selamat memulakan tugas kembali di SK SINDUMIN, itu ucapan daripada puan GB and rakan2 sekerja seawal pagi aku melangkah kaki ke perkarangan sekolah.

Anak muridku juga memandang2ku..almaklum la dekat 2bulan aku x datang sekolah, tetiba datang balik. Mesti diorang igt aku pindah tetiba ada balik..hahahhaaaaaaa...." Takpe nanti pas 3tahun ustazah pindah yer"..hehehehe

Hari 1st x mengajar lagi just uruskan urusan dengan sekolah, KPM and SPP. But sempat aku masuk 1 kelas jer. Percubaaan. heheheeee..... Kelas tahun5...
Budak2 semua tanyer, mana ustazah pegi? lama x kat sekolah.. aku just jawab ustazah cuti la ...heheheeee...." rasa dirindui dan dihargai " heheheeeee...

apapun segalanya baik2 sahaja untuk hari pertama aku memulakan tugas kembali di SK Sindumin...
SELAMAT BERTUGAS KEMBALI UNTUK DIRIKU SENDIRI....

Wednesday, February 9, 2011

Alangkah Indah Nya Hidup....

Jika DIA selalu di hati, aku akan selalu berasa tenang. Aku selalu berasa semangat untuk meneruskan kehidupan. Andai aku melalaikanNYA atau melupakanNYA seketika, aku sering merasakan kegelisahan dan kebuntuan. Itulah yang sering ku rasakan setiap kali aku merasa jauh daripadaNYA.

Hati seringkali tersentuh bila ia datang menyentuhku. DIA menyentuhku tatkala aku merasakan hidup ini sungguh derita. Sungguh payah untuk ku lalui sendirian. Sungguh rumit untuk ku tangani. Namun di kala itu DIA datang menyentuhku maka aku merasakan sentuhan itu sangat menusuk ke kalbuku. Kala itu aku kembali ke arahnya. Aku meminta DIA menasihatiku, menunjukiku dan membimbingku ke arah yang betul supaya aku tidak keliru dan salah dalam meneruskan kehidupan.

Sentuhannya sangat lembut menusuk ke dalam kalbuku. Kadangkala hingga menitiskan airmata aku menerima sentuhannya. Seringkali airmata ini mengalir maka DIA juga datang padaku menyapa dan membelai jiwaku. Alangkah indahnya hidupku ini kerana DIA sering kali menemaniku setiap masa tanpa aku sendiri sedari.

Bermaknalah hidupku dengan adanya DIA. Hilanglah seri andai aku jauh sedikit daripadaNYA. Aku mohon agar KAU selalu datang menyapa jiwaku dan hatiku ini. AKU mohon KAU selalu berada dalam diriku. Akan selalu ku belai DIRIMU. TanpaMU akan matilah kehidupanku. Akan layulah perasaanku. Akan pudarlah seri alam kehidupanku. Aku selalu ingin KAU di sisiku setiap saat dan waktu supaya aku kuat untuk terus mengharungi kehidupanku. Akan ku belaiMU setiap malam dalam kehidupanku. Mudah-mudahan aku istiqomah untuk membelaiNYA dalam hidupku setiap hari.

Jiwaku lahir dengan sifatMU. Perasaanku gembira dengan selalu dekat padaMU. Hatiku tenang dengan sapaan dari Mu. Wahai yang bernama KEKASIH HATI kau tunjuki lah aku.
AMEEN YA RABB

Tuesday, February 8, 2011

Rasa Tersentuh






Aku sangat terkesan bila mendengar lagu2 lama. Berbanding dengan lagu2 baru. X feel langsung bila dengar. Mcm angin yg berlalu begitu sahaja bila mendengar lagu2 zaman sekarang. But if dengar lagu2 zaman purba2 dulu
( zaman 70an,80an,90an ) rasa hati terkesan mendengar. Kenapa yer agaknyer???
Cuba dengar lagu2 M.nasir + Iklim + Jamal Abdillah + Sheila Majid + Mariah Carey + C.Dion + Aerosmith + dll ) semua lagu2 diorang memberi kesan pd org yg mendengarnye. Rasa luahan mereka sampai pd orang yang mendengarnyer.
Kalau x caya cuba la buat perbandingan.hehehe.....