Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Monday, February 21, 2011

Tawaran Lantikan PPPS gred DG41




Today aku telah menerima surat lantikan tetap PPPS gred DG41 from SPP.I'm happy about that. Namun dalam happy rasa sedih sedikit sebab punca rezeki ku jauh berada daripada org2 yang ku sayang. Kan best kalau dapat dok dekat!!! Tapi nak buat macam mana telah di tentukan begini perjalanan yang perlu aku lalui. Moga segalanya penuh dengan hikmah dan barakah.

SELAMAT MEMULAKAN TUGAS DI KEJAUHAN DARI ORG2 YG KU SAYANGI....

Rindu my princess yg "tecik molek"




" rindunyer dekat "my tecik molek"

Today i'm missing my "tecik molek"... Rindu nak tidokan dia dalam pangkuan dan pelukanku.. My "tecik molek" bila la acik nak cium "izzah" lagi. Rindunyer dekat dia. Penghibur menggantikan "budak temok" yang balik umah tokcik dia. Masing2 da kerenah masing2. Anak buah acik yang acik rindu. Bila dok jauh nie selalu teringat2 jer dekat 2org nephew.

Mujur la before blik hari tue sorang dpt jgk hantar ke airport. Sepanjang jalan dari rumah sampai kat airport "tecik molek" dalam pangkuan dan dukunganku. Bila mendukungnyer aku rasa segala beban di fikiran dengan masalah hilang. Rasa tenang. Seolah2 my "tecik molek" memberikan ku satu semangat yang baru. Memberikan aku kekuatan yang luar biasa.

acik rindu "tecik molek"

Tuesday, February 15, 2011

Panazzzzz nyer


Aduh x tahan dengan kepanasan dekat Sabah. Lagi pula dengan kedudukannya dekat dengan pinggir laut menyebabkan cuaca yang panazzzz bertambah2 bahangnyer. Pening kepala ku yang sangat menyengatkan. Baru sehari aku memulakan tugas di sini dengan di tambah cuaca yg tersangat panazzzzz. Adoiiiiiii maknyer...

1st day sekolah kelmarin, emmmmm...., satu suasana yang lama ku tinggalkan dan kini ku kembali semula. Rasa tidaklah begitu x-cited tapi ok. Yang dapat membuat aku x-cited andai aku dapat pindah. HEHEHEHeeeeeeee...... walau apapun selamat memulakan tugas kembali di SK SINDUMIN, itu ucapan daripada puan GB and rakan2 sekerja seawal pagi aku melangkah kaki ke perkarangan sekolah.

Anak muridku juga memandang2ku..almaklum la dekat 2bulan aku x datang sekolah, tetiba datang balik. Mesti diorang igt aku pindah tetiba ada balik..hahahhaaaaaaa...." Takpe nanti pas 3tahun ustazah pindah yer"..hehehehe

Hari 1st x mengajar lagi just uruskan urusan dengan sekolah, KPM and SPP. But sempat aku masuk 1 kelas jer. Percubaaan. heheheeee..... Kelas tahun5...
Budak2 semua tanyer, mana ustazah pegi? lama x kat sekolah.. aku just jawab ustazah cuti la ...heheheeee...." rasa dirindui dan dihargai " heheheeeee...

apapun segalanya baik2 sahaja untuk hari pertama aku memulakan tugas kembali di SK Sindumin...
SELAMAT BERTUGAS KEMBALI UNTUK DIRIKU SENDIRI....

Wednesday, February 9, 2011

Alangkah Indah Nya Hidup....

Jika DIA selalu di hati, aku akan selalu berasa tenang. Aku selalu berasa semangat untuk meneruskan kehidupan. Andai aku melalaikanNYA atau melupakanNYA seketika, aku sering merasakan kegelisahan dan kebuntuan. Itulah yang sering ku rasakan setiap kali aku merasa jauh daripadaNYA.

Hati seringkali tersentuh bila ia datang menyentuhku. DIA menyentuhku tatkala aku merasakan hidup ini sungguh derita. Sungguh payah untuk ku lalui sendirian. Sungguh rumit untuk ku tangani. Namun di kala itu DIA datang menyentuhku maka aku merasakan sentuhan itu sangat menusuk ke kalbuku. Kala itu aku kembali ke arahnya. Aku meminta DIA menasihatiku, menunjukiku dan membimbingku ke arah yang betul supaya aku tidak keliru dan salah dalam meneruskan kehidupan.

Sentuhannya sangat lembut menusuk ke dalam kalbuku. Kadangkala hingga menitiskan airmata aku menerima sentuhannya. Seringkali airmata ini mengalir maka DIA juga datang padaku menyapa dan membelai jiwaku. Alangkah indahnya hidupku ini kerana DIA sering kali menemaniku setiap masa tanpa aku sendiri sedari.

Bermaknalah hidupku dengan adanya DIA. Hilanglah seri andai aku jauh sedikit daripadaNYA. Aku mohon agar KAU selalu datang menyapa jiwaku dan hatiku ini. AKU mohon KAU selalu berada dalam diriku. Akan selalu ku belai DIRIMU. TanpaMU akan matilah kehidupanku. Akan layulah perasaanku. Akan pudarlah seri alam kehidupanku. Aku selalu ingin KAU di sisiku setiap saat dan waktu supaya aku kuat untuk terus mengharungi kehidupanku. Akan ku belaiMU setiap malam dalam kehidupanku. Mudah-mudahan aku istiqomah untuk membelaiNYA dalam hidupku setiap hari.

Jiwaku lahir dengan sifatMU. Perasaanku gembira dengan selalu dekat padaMU. Hatiku tenang dengan sapaan dari Mu. Wahai yang bernama KEKASIH HATI kau tunjuki lah aku.
AMEEN YA RABB

Tuesday, February 8, 2011

Rasa Tersentuh






Aku sangat terkesan bila mendengar lagu2 lama. Berbanding dengan lagu2 baru. X feel langsung bila dengar. Mcm angin yg berlalu begitu sahaja bila mendengar lagu2 zaman sekarang. But if dengar lagu2 zaman purba2 dulu
( zaman 70an,80an,90an ) rasa hati terkesan mendengar. Kenapa yer agaknyer???
Cuba dengar lagu2 M.nasir + Iklim + Jamal Abdillah + Sheila Majid + Mariah Carey + C.Dion + Aerosmith + dll ) semua lagu2 diorang memberi kesan pd org yg mendengarnye. Rasa luahan mereka sampai pd orang yang mendengarnyer.
Kalau x caya cuba la buat perbandingan.hehehe.....

Thursday, January 20, 2011

I LOVE YOU BABE..

You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.
You'd be like Heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.

Pardon the way that I stare.
There's nothing else to compare.
The sight of you leaves me weak.
There are no words left to speak,
But if you feel like I feel,
Please let me know that it's real.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.

I love you, baby,
And if it's quite alright,
I need you, baby,
To warm a lonely night.
I love you, baby.
Trust in me when I say:
Oh, pretty baby,
Don't bring me down, I pray.
Oh, pretty baby, now that I found you, stay
And let me love you, baby.
Let me love you.

You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.
You'd be like Heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.



I love you, baby,
And if it's quite alright,
I need you, baby,
To warm a lonely night.
I love you, baby.
Trust in me when I say:
Oh, pretty baby,
Don't bring me down, I pray.
Oh, pretty baby, now that I found you, stay..

Monday, January 10, 2011

Kau Hadir dalam hidupku KINI

KAU hadir dalam hidupku dengan membuka kembali hatiku untuk bermain dengan perasaaan. Hampir 5tahun hatiku ini ku biarkan sendiri. But now kau telah membukanya. Kini aku ingin berkongsi perasaan dan hatiku ini dengan dirimu... Adakah kau sudi untuk berkongsi hati dengan ku???

Ku harapkankan dengan kehadiranmu ini akan lebih memberikan aku semangat untuk menamatkan zaman soloku...

Hope family+rakan2+kenalan mendoakan jodohku akan di permudahkan. Masanya sudah tiba untuk aku meluputkan semua kisah dan kenangan silamku yang lalu. Walaupun dia bukan yg pertama namun aku berharap dia adalah yg terakhir yang aku ingin kongsikan kehidupan dan segalanya bersamanya. I'm fall in luv with him now...

Thank you sgt2 jgk dekat my ma+abah kerana merestui pilihanku kali ini. I'm happy ma+abah...thank you so much...

Ya Allah ya tuhanku, seandainya dia adalah pilihan yg terbaik untuk ku KAU permudahkan lah urusan 2hati ini untuk bersatu...

Saturday, December 18, 2010

Hari Terakhir






Aku tak pasti samada akan terbang semula ke Kota Kinabalu atau akan terus meninggalkannya. Seandainya hari itu adalah hari yang terakhir maka tidak akan ku ketemu lagi rakan2 sekerja serta anak2 murid ku di SK Sindumin.

Aku masih dalam selima akan status pertukaran ku sekarang. Aku dekat dengan keluarga dan yang tercinta tapi jauh dari kawan2 serta anak2 muridku. Aku masih lagi teringin untuk terus berkhidmat di SK Sindumin tapi segalanya kini ku serahkan padaNya.

Walau bagaimanapun terima kasih pada SK Sindumin, IPGM Kampus Kent dan semua2 yang terlibat secara langsung atau tidak. Sabah is the best place. I LOVE SABAH SO MUCH....

Thursday, December 16, 2010

Tuesday, November 16, 2010

Go To Secret Resipe.






Last week, untuk menghilangkan rasa boring aku menghiburkan hati dengan menikmati hidangan kek di "secret resipe"... nyum..nyum...memang sedap. Sambil makan kek order jugak ice cream yang memang sedap.

Anyway takder apa nak story sangat just nak syer beberapa cebis kenangan masa we all. He.he.he...

Monday, November 1, 2010

KuNdAsAnG....







This week SK Sindumin ( my tempat kejer ) bt lawatan ke Kundasang+Ranau. Seramai 56 orang termasuk yg membawa kami ( driver ). Kiranyer percutian kali nie agak menarik. Tapi da jugak yg xbest sangat2. But kena rahsia just seorang jer yg dpat sy kongsikan.. my best pren kt school ( k.che fadhilah )..

Banyak jugak tempat we all kunjungi. 1st tentu la Kinabalu Park then Poring. 2 tempat jer dah sampai petang. So terpaksa stop aktiviti then sambung plak keesokan harinnya. 31/10 teruskan lawatan ke Ladang Teh Sabah and Tagal Kpg.Luanti.

Suasana memang nyaman dan sangat sejuk. Teringat la musim sejuk terakhir dekat tempat belajar dlu. Ha.ha.ha....

Nie la 1st time berjalan jauh g bercuti dekat Sabah nie. X masa nak g jalan pun sebelum nie. Tapi oleh kerana tempat kerja yg anjur lawatan nie so dapat la gi bejalan. Tapi kena bawa anak2 angkat la lawatan kali nie. Ha.ha.ha...

Dalam banyak2 tempat yang aku kunjungi, yg paling menarik hatiku d Kinabalu Park and Kpg Tagal Luanti. Rasa sgt friendly dengan alam semesta dan kehijauan buminya. Selesa sangat2. So saper2 nk turun ke Kundasang+Ranau jgn lupa singgah ke Kinabalu Park+Tagal Kpg.Luanti. Memang syiok sgt2.....

Nanti aku uploadkan beberapa gambar2 menarik masa aku g jenjalan kt Kundasang+Ranau. So sapa2 yang nak turun ke Sabah jangan lepaskan peluang ke Kundasang nie. Kamu akan rasa dekat dengan alam semulajadi. Dekat dengan pencipta. Hebatnyer Kundasang sampai dapat menarik jiwa aku. Hati aku nie beronta2 nak panjat gunung kinabalu tp train x cukup jd kena tanggung dulu. Nxt year dh cukup train aku pasti akan laksanakan impian aku nie. Ha.ha.ha....

Friday, October 22, 2010

TERpanggil untuk MENYAMPAIKAN "ILMU"

KAWIN KERANA APA?

Nabi saw bersabda:

"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya.

2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.

3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.

4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihar farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."

Hadis riwayat at-Thabrani

Oleh itu kita kena lihat booster pendorong kepada perkahwinan kita. Ini sangat penting terutama lelaki yang akan mengetuai keluarga. Ini bagi memastikan perkahwinan kita diterima disisi Allah swt.

JADILAH LELAKI YANG TERBAIK

Lelaki perlu lebih bersdia untuk bahtera perkahwinan lebih dari wanita. Lelaki perlu melayan sebaiknya kepada isteri seprti Rasulullah saw melayan para isterinya. Nabi saw bersabda:

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik adalah orang paling baik kepada isterinya, akulah orang yang paling baik kepada isterinya."

Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim

JANGAN JADI DAYUS

Jangan pula salah anggap bahawa lelaki yang baik ini lelaki yang mengikut semua kemahuan isteri sehingga membuat perkara yang dilarang. Begitu juga sanggup mempertahankan rumah tangga walaupun pasangan tersebut menyebabkan runtuhnya iman dan akhlaknya. Nabi saw bersabda:

" 3 golongan yang tidak masuk syurga 1. Penderhaka ibu bapa 2. lelaki yang dayus 3. wanita yang menyerupai lelaki."

Hadis yang baik sanadnya seprti dinyatakan oleh pengarang kitab " safwatul ahkam."

Lelaki perlu mengajar perkara yang wajib kepada isterinya seperti ilmu akidah, solat, zakat, puasa, pernikahan, muamalat (jual beli Islam), pembersihan hati dan lain-lain. Kalau dia tidak mampu si lelaki wajib mengajak isterinya pergi kelas pengajian seumpama ini. Bagi pendapat saya kelas muamalat jarang ada di malaysia kerana kuliah malam kebiasaannya adalah tajuk umum. Lebih kepada kelebihan dan dakwah. Ilmu yang lebih mendalam terutamanya muamalat adalah jarang diajar.

PASANGAN MUSUH

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوّاً لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Hai orang-orang mu'min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah al-Munafiqun ayat 14

Menurut sebab penurunan ayat ini di dalam hadis2 yang sahih adalah kerana lelaki2 yang berada di mekah hendak belajar ilmu Islam dari Rasulullah di madinah. Namun pasangan mereka yang merayu dan menghalang untuk belajar ilmu Islam. Kemudian turun ayat ini. Sepatutnya perkahwinan menyebabkan bertambah rajin untuk menuntut ilmu, berama ibadah dan berkerja untuk Islam tetapi yang terjadi sebaliknya berlaku. Pasangan yang berkahwin hendaklah pastikan ke3 perkara tadi bertambah selepas perkahwinan iatu ilmu , amal dan kerja Islam. Inilah keredaan tuhan dalam perkahwinan. Hanya Salah satu dr tadi bertambah juga tidak memadai kerana 3 perkara ini adalah saling melengkapi. Setakat seronok , happy, bg makan, hubungan kelamin , rumah , perlindungan diri mdan lain2 binatang pun boleh bagi hehe. Oleh itu pilihla pasangan elok2 samada lelaki atau perempuan.

NABI YANG SPORTING KEPADA ISTERINYA

Kalau perkara yang tidak dilarang sisuami hendaklah cuba melayan dan memenuhi kehendak isterinya seperti mana baginda bersama isterinya. Ini beberapa peristiwa Nabi melayan isterinya:

1. Nabi berlumba lari dengan aisyah (hadis BUkhari)

2. Nabi memanggil penyanyi pada hari raya untuk aisyah mendengarnya (hadis sahih)

3. Nabi bagi peluang kepada aisyah untuk melihat permainan tombak oleh org2 habsyah. Masa tu aisyah berada dibelakang nabi dan pipinya rapat dengan pipi Nabi. (hadis sahih Bukhari)

4. Aisyah dan Saodah melawak dengan depan Nabi. Mereka saling ambil makanan dan letak di muka madunya.

Monday, September 20, 2010

SyAwAl + WaLiMaH.....







Menyambut menantu perempuan untuk majlis walimah kali nie. MABRUK utk my brother.. moga kekal ke anak cucu dan menjadi suami yang soleh untuk mendidik isteri ke jalan yang di redhai oleh Allah SWT.

Serba sederhana segalanya. Al maklum la, kalau walimah anak lelaki memang serba sederhana. Tapi yang penting biarlah mendapat keberkatan drp Allah SWT. Jangan membazir dan boros.

Menantu yang ke4 dalam keluargaku dan bakal menyusul insyAllah tahun depan yang seterusnya....

Aku uploadkan beberapa kenangan sepanjang majlis di langsungkan.......

Kemeriahan SYAWAL tahun 2010








Kemeriahan raya tahun nie sangat meriahnyer.. Teruja dengan sambutan Syawal tahun nie.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN...
TAQOBBALALLAHU MINNA WA MINKUM....
KULLU AM WA ANTUM TOYYIBUN

Monday, August 30, 2010

Kenduri d umah kawan dekat Putatan....






Malam tadi aku memeriahkan satu majlis berbuka posa dekat umah kawan di Putatan. Majlis sangat meriah dengan kehadiran begitu ramai sekali warga semenanjung. Macam renunion plak.he.he.he...

Menu juadah berbuka malam tadi, nasi putih+ikan tongkol masak lemak+ayam goreng berempah+agar2 rumpai dan sirap limau ais....

Keberkatan ramadhan sangat terasa dengan majlis berbuka posa yang sebegini...
Tiada coretan yang lebih dapat ku kongsikan. Cuma utk tatapan pembaca blog ku, aku uploadkan beberapa gamba...

berbuka d mn??







friday , 27/9 ....

This week aku berbuka posa dengan k.fiza+a.leh and safwan di old town white coffee.

First xtahu pun nak buka posa kt situ. Di rahsiakan oleh a.leh pada mulannya tempat berbuka kami tue. Jam 5.15 petang we all bergerak ke tempat yang di rahsiakan. ha.ha.ha....

Tempat yang we all tuju melalui laluan ke pusat membeli belah Karamunsing. Masih di rahsiakan. Mana la a.leh nak bawa nie....alahai.....
Beberapa simpang mesti di lalui before masuk ke satu center yang agak x-clusive. Sesampai dekat situ kena ambik tiket parking. Banyak tempat makan yang x-clusive ada dalam center tue. Tapi mataku memang terus terpandang terus ke satu signboard besar yang bertulis { OLD TOWN WHITE COFFEE }.. dalam hati mula terkenang, lama sudah x makan dekat tempat nie.

We all parking keter, then aku tanyer dekat a.leh, buka posa kt mn nie?? { aku tanye mcm tue sbb kt ctu memg banyak cafe+restoren yang x-clusive..then a.leh jawab... hari nie kita buka posa dekat restoran nie, sambil dia menunjukkan arah tangan ke situ. { OLD TOWN WHITE COFFEE }

We all pun masuk ke dalam restoren then terus je capai menu...aku jadi tukang "tik" menu yang nk di order pada paper yg telah di sediakan oleh pihak restoran. Aku pesan asam laksa and oren twister. k.fiza and a.leh pesan, mee kari+nasi ayam special+rose float+telur 3suku and satu lagi minuman [ aku x igt aper nama dia ].

Pesanan akan sampai d meja bila waktu berbuka masuk nanti.ha.ha.ha.....

Aduhai, penat badan tidak terkira hari nie.....
Masuk jer waktu berbuka kami terus jer menjamah makanan yang terhidang dengan begitu bersemangat sekali.he.he.he....lapar punyer pasal.
Tengah2 sedap makan tetiba safwan menangis meraung...luka bibir dia.menangis..sian dia safwan buchuk..k.fiza+a.leh mengawal keadaan dengan sesegeanya, alhamdulilallah. Safwan pun memangis kejap jer. Alhamdulilallah semuanya berlalu dengan begitu sahaja dengan baik2 sahaja.

Makan punyer makan sampai la jam 8mlm di sana. then we all bergegas nak blik ke rumah dengan perut yang kenyang..Alhamdulilallah rezeki daripada Allah masa tue begitu mura sekali.

kira-kira this week minggu last makan dengan k.fiza+a.leh and safwan, pasni k.fiza cuti sampai hujung tahun..rindu la dekat family angkat ku nie kelak..terutama dengan keletah safwan......

{ thnx k.fiza + a.leh belanja fazat buka posa dekat OLD TOWN WHITE COFFEE }

Friday, August 27, 2010

Kemeriahan SK Sindumin pada Hari Jumaat







Kemeriahan hari jumaat yang begitu happening d SK Sindumin.....

Wednesday, August 25, 2010

Semangat Merdeka Warga SK Sindumin







Bersempena bulan kemerdekaan yang bakal diraikan tidak lama lagi, satu program pertandingan mendeklamasikan sajak telah diadakan di perkarangan SK Sindumin. Program ini lanjutan daripada kempen mengibarkan Jalur gemilang yang telah di lancarkan pada minggu lalu. Sambutan daripada pelajar2 sangat memberansangkan. Aku jadi bangga dengan anak2 muridku yang begitu berani menyahut cabaran untuk mendeklamasikan sajak mereka.

Jangan main2 dengan pelajar SK Sindumin, setiap kali ada pertandingan yang di anjurkan, mesti penyertaan sangat meriah. Pelajar berlumba-lumba nak masuk. Memamg bagus bebudak nie. Macam nie la kalau nk maju, sentiasa berlumba-lumba untuk rebut peluang.

Aku plak sekali lagi kena jadi juru gambar untuk pertandingan kali ni. Almaklum la aku nie salah seorang daripada guru IT sekolah.
( hahahaaaaaaa )...
Isnin minggu depan GB dah tempah aku sekali lagi untuk jadi camera women untuk majlis penyampaian hadiah bagi program sepanjang bulan kemerdekaan...
Nie kalau aku ambik charge gerenti boleh buat bisness jugak nie...
( haahahaaaaaaas )


Sebagai tatapan semua,aku uploadkan beberapa keping untuk menunjukkan kemeriahan pertandingan mendeklamasikan sajak bersempena bulan kemerdekaan.