Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Wednesday, February 4, 2009

Di mana ada kesungguhan di situ ada jalan.

Hari nie masuk hari kedua aku mengikuti Skim Lepasana Graduan (SLG). Memang letih. Semalam jer sampai rumah jam 8mlm but today awal sikit sampai, 630ptg dh sampai rumah. Walaupun terpaksa bersesak dalam LRT PUTRA dan STAR namun aku puas kerana akhirnya aku dapat merasai dunia bekerja. Perlu bangun seawal 6pagi. Keluar rumah jam 7pagi untuk mengelak drp kesesakan dlm LRT Setiawangsa ke Masjid Jamek dan sampai tempat kejer sekitar 8pagi. Waktu nie warga Kuala Lumpur yg bekerja berpusu2 menggunakan perkhidmatan LRT. Kena berhimpit2 dalam LRT bagiku kini perkara biasa. Normal. Tempat kerjaku sangat friendly stuff2 nya. Walaupun aku adalah pelatih namun tiada perbezaan antara pelatih dan permenant. Aku sangat enjoy.
Hari pertamaku semalam agak tertekan, almaklum aku perlu belajar 'counting' yg selama nie aku tak pernah belajar. Memang pening kepala sangat2 semalam. Tapi Alhamdulilallah hari nie aku enjoy because hari nie aku di ajar cara present untuk marketing. Percayalah, marketing bukanlah satu yg mudah bagi orang yang tak pernah tahu ilmu tue macam aku nie. Perlu bersemuka dengan orang ramai tapi aku cuba dan cuba untuk belajar. Hope dengan percubaan ini aku mampu untuk jadi seorang yang berani untuk ke hadapan. " Caiyyok ". Mujur lah latihanku nie tertumpu pada goverment, so rasa safety sikit.
Walaupun coretanku sekadar "seciput" but aku harap boleh dikongsi bersama dengan kawan2. Apa yg penting dimana ada kesungguhan insyALLAH di situ akan sentiasa Allah beri jalan untuk menyelesaikan. Satu lagi restu orang tua sangat memainkan peranan penting untuk kehidupan kita.

" Menjana ekonomi Islam"

1 comment:

  1. Hai K.Fazat! Congrats coz dah start kerja. Seronok dengar~ i'm very happy for you. Hope that yuo will never give up.
    G
    O
    O
    D

    L
    U
    C
    K
    !

    ReplyDelete