Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Wednesday, February 18, 2009

Very friendly...



-rakan sekerja.. Siti, Dayah, Aliff, Abg Wan and Siti Noor-

Masuk hari nie hampir 3minggu aku bekerja. Memang aku akui letih sangat, tapi kepuasaan dalam bekerja tue dapat aku rasai. Biarpun agak berliku jalannya tapi natijah daripada jalan yang berliku adalah kepuasaan yg berlipat ganda. Bak kata pepatah " sikit-sikit lama-lama jadi bukit ". Yang penting kita berusaha dan mencuba. Banyak teori dan rumus dalam 'counting' telah aku pelajari. Actualy aku bukannya mahir sangat tapi Alhamdulilallah berkat pertolongan rakan2 dan bos aku sendiri semuanya berjalan dengan baik. Memang terkedek-kedek la mula-mula nie tapi bila dapat selelsaikan rasa puas sangat.
3minggu aku dalam proses training nie aku dah dapat klien dalam 5 keatas la..semuanya nak buat loan dalam amount yg besar. Berpuluh-puluh ribu, ada jugak yang ratusan ribu. Zaman sekarang nie semua orang perlukan duit. Nak kawen duit, nak beli rumah duit, nak bersalin pun duit, semua perlukan duit. Tanpa duit semuanya tak akan berjalan dengan lancar. Pendek kata semuanya duit. Duit, duit, duit.....
Mungkin bila orang baca blog aku nie orang ingat aku punya kejer nie kena cari orang. Tapi sebenarnya aku tak pernah pun cari orang tapi orang yang cari aku. Sebab akulah penyebab kepada mereka untuk dapat buat duit. Asal yang namanya 'goverment' tentu saja aku dapat bantu.
Lagi yang membuatkan aku happy rakan-rakan sekerja yg very sporting and happening. Memang gila-gila. Sehari memang tak kering gusi dengan telatah kengkawan dekat ofis. Macam-macam gelagat dan lawak spontan yang diorang buat. Nak katanya bahagian dekat ofis tue, bahagin kitorang la yang paling happening. Memang best. Setakat hari nie bahagian kitorang ada 6orang stuff. 2lelaki dan 4perempuan. So far setakat nie kitorang saling bekerjasama antara satu sama lain. Siap pas2 klien lagi. Agak2 pening fikir pas kat kengkawan yang boleh settlekan. Selalunya aku akan pas pada Aliff and Siti Noor. Diorang yang akan bantu aku. Tapi kalau bab 'counting' aku akan berguru dengan Abg Wan and Aliff sekali lagi. Tue la my officemate yang sangat2 sporting and understanding. Diorang tahu aku lambat sikit untuk 'counting' tapi diorang tak pernah kedekut untuk tunjuk dan perbetulkan apa yg silap. " Mekaceh Aliff, Abg Wan and Siti Noor ". InsyAllah selagi Allah beri rezeki aku di UKHWAH BERHAD, aku akan terus berkerja di UKHWAH BERHAD. Dengan slogan " susah senang kita bersama " akan selalu aku praktikkan dalam institusi kerja aku di UKHWAH BERHAD untuk memberi bantuan kepada siapa sahaja yang menginginkannya.
Kata2 semangat untuk diri sendiri tue penting. " Jangan mengalah sebelum mencuba ". " Usaha tangga kejayaan ". And yang paling best " Good luck "






Saturday, February 14, 2009

Firdaus Amir Ramli dah ada anak....(mcm x caya)




Petang tadi buat sekian kalinya, akhirnya dapat juga berjumpa dengan kawan lama... Firdaus Amir Ramli... dekat dua tahun tak jumpa dia dan akhirnya berjumpa jugak. Dah ada anak lagi jangan tak caya... comel sangat... Dapat juga bersua muka juga dengan isteri dia ( Puan Maryanti ). Baby baru berusia 2minggu. Comel sangat geram rasanya tengok anak orang. Anak sendiri bila la agaknya. Hehehehe.....

Thursday, February 12, 2009

Stuff yg memang best....

Masuk hari dah dekat 2minggu kerja kt Ukhwah Berhad. Setakat nie alhamdulilallah Allah beri

Wednesday, February 4, 2009

Di mana ada kesungguhan di situ ada jalan.

Hari nie masuk hari kedua aku mengikuti Skim Lepasana Graduan (SLG). Memang letih. Semalam jer sampai rumah jam 8mlm but today awal sikit sampai, 630ptg dh sampai rumah. Walaupun terpaksa bersesak dalam LRT PUTRA dan STAR namun aku puas kerana akhirnya aku dapat merasai dunia bekerja. Perlu bangun seawal 6pagi. Keluar rumah jam 7pagi untuk mengelak drp kesesakan dlm LRT Setiawangsa ke Masjid Jamek dan sampai tempat kejer sekitar 8pagi. Waktu nie warga Kuala Lumpur yg bekerja berpusu2 menggunakan perkhidmatan LRT. Kena berhimpit2 dalam LRT bagiku kini perkara biasa. Normal. Tempat kerjaku sangat friendly stuff2 nya. Walaupun aku adalah pelatih namun tiada perbezaan antara pelatih dan permenant. Aku sangat enjoy.
Hari pertamaku semalam agak tertekan, almaklum aku perlu belajar 'counting' yg selama nie aku tak pernah belajar. Memang pening kepala sangat2 semalam. Tapi Alhamdulilallah hari nie aku enjoy because hari nie aku di ajar cara present untuk marketing. Percayalah, marketing bukanlah satu yg mudah bagi orang yang tak pernah tahu ilmu tue macam aku nie. Perlu bersemuka dengan orang ramai tapi aku cuba dan cuba untuk belajar. Hope dengan percubaan ini aku mampu untuk jadi seorang yang berani untuk ke hadapan. " Caiyyok ". Mujur lah latihanku nie tertumpu pada goverment, so rasa safety sikit.
Walaupun coretanku sekadar "seciput" but aku harap boleh dikongsi bersama dengan kawan2. Apa yg penting dimana ada kesungguhan insyALLAH di situ akan sentiasa Allah beri jalan untuk menyelesaikan. Satu lagi restu orang tua sangat memainkan peranan penting untuk kehidupan kita.

" Menjana ekonomi Islam"

Sunday, February 1, 2009

Federer kalah lg kali nie...




My favorite player in tennis Roger Federer kalah lagi kali nie. Sedih betul. Hari tue masa Olympic game, now in Australian Open 2009 pulak. Lawan yang sama dia dikalahkan. Rafal Nadal from Spain. Kali nie 5pusingan diorang berentap. Berkecai harapan nak setanding dgn lagenda Pete Sampras yg 14kali menjuarai Grand Slam. Walau apapun hope Federer akan menang untuk kejuaraan yg akan datang. Go Federer Go......

Bekerja sambil belajar

Alhamduliallah akhirnya Allah memberikan kemurahan rezeki untukku menjalani kehidupan. Walaupun mungkin ianya diluar bidang pembelajaranku namun kerana nasihat dan sokongan daripada abah aku yakin aku mampu untuk melakukannya. Cuma perlu sabar, tabah, cekal dan bersemangat waja serta jitu dalam mengharunginya. Walaupun suatu yang baru insyALLAH berkat doa dan sokongan daripada kedua orang tuaku, aku yakin aku mampu untuk melakukannya.
Bersama menjana ekonomi Islam.
Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad
( My company )