Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Saturday, December 5, 2009

My priussss.....



Tak sabar rasanya untuk memiliknya, My Prius.......

Wednesday, December 2, 2009

Di siniku Bermula...




Di siniku bermula,
Sebuah perjuangan,
Melangkah ke hadapan,
Untuk menuju masa depan,
Yang lebih cemerlang.

Thursday, November 26, 2009

Kelas INTERAKSI Yang Sangat Meletihkan....

Hari nie dah masuk satu minggu kelas interksi KPLI j-QAF LPBS JUN 09. Memang penat sangat sampai tak bole nak kata. Mula jam 7.30am sampai jam 10.00pm. Memamg penuh masa. Balik bilik terus tido... hahahahaa... Tapi apap boleh buat nie semua adalah persediaan untuk masa depanku kelak. Mahu atau tidak mahu mesti di lalui. Apa yang penting hati kena sentiasa IKHLAS dalam menuntut ilmu." Lillahitaala "
Esok sekali lagi sambut raya eduladha di perantauan. Sebab dah biasa raya di perantauan so tak rasa sedih pun tapi mungkin bagi yang tak biasa mungkin akan sedih kot..hehehe...
Cuma yang bezanya tahun lepas Eduladha ku sambut di bumi anbiya dan tahun ini Eduladha ku sambut di negeri di bawah bayu. Suasana semestinya lain. Kalau di Mesir suasana Edulada sangat happening berbanding dengan Malaysia. Memang rindu dengan suasana tue. Tapi apa boleh buat, InsyAllah kalau ada rezeki nak jgk ke sana lagi nanti.
Minggu nie punyer aktiviti x dapat nak tu uk gambar lagi. tengok la dalam minggu depan bila ada masa nak update blog. try jgk nk tunjuk gambar2 dekat IPG kampus Kent nie pada semua org dekat semennjung...ehehehehehe.. Best Kent nie..
ok see u soon

Wednesday, November 4, 2009

Pening dengan assigment yg bertimbun2 nie...

Cuti persekolah makin hampir so kuliyah di IPG Kent pun makin dekat la. Bila tak mengajar kena belajar la plak. Apa boleh buat. Untuk masa depan kena la lakukan itu semua. assigment plak tak siap lagi. Mula kuliyah nie assigment kena hantar tapi tak siap lagi. Aktiviti sekolah banyak sangat. Perkhemahan la, hari sukan la, anugerah cemerlang lagi la. Hai, memamg takde masa nak siapkan assigment. Balik ke rumah dah penat. Malam alkisahnya tidur awal la plak. So sebagai jalan penyelesaiannya, kena la curi-curi masa untuk buat sikit-sikit tugasan assigment yang tlah di pertanggungjawabkan walaupun kadang-kadang tue sampai tak menang tangan nak buat. Memamg penat la. Tue la pengorbanan yang kita kena buat untuk menjadi seorang guru. Waktu aku mencoret nukilan ini, aku agak busy sedikit tapi aku cuba juga untuk mencoretkan luahanku ini dalam blogku yang sudah agak lama tidakku update kan. Jumaat nie 6/11/09 aku terlibat dengan perkhemahan serumpun di SK Merintaman yang melibatkan 300 org pelajar di seluruh daerah Sipitang. Perkhemahan ini pula berlarutan hingga 9/11/09. Aduhai penatnyer. 10/11/09 pula ada Mesyuarat sekolah, kurikulum dan Kokurikulum sekolah. kena jadi setiauasaha untuk catat minit mesyuarat. Aduhai sekali lagi. Tidak habis di situ, keesokan harinya 11-12/11 ada pula Bengkel Program Malaysian Grid for Learning (myGfL) di Pejabat Pelajaran pula. Aduhai sekali lagi.. mak oi.. penuhnya agenda minggu nie dan minggu hadapan. Tapi apa boleh buat. Maka assigment ku akan bertangguh lagi kali nie.
Semua nie adalah pengalaman yang baru dalam bidang tugasku sebagai seorang guru.

Thursday, September 24, 2009

Inilah keluargaku


This is my big family.

Sempena dengan Syawal, kami satu keluarga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kenangan satu famili. Pada eid mubarak yang pertama kami sekeluarga tidak berkesempatan untuk merakamkannya. Namun begitu pada eid mubarak yang ke3 peluang dan waktu yang terhad digunakan dengan sebaik mungkin untuk merakamkan kenangan manis berkumpul bersama.

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal...



Allahu akbar, Allahu akbar, allahu akbar, wa lilallahhilham...

Hari ini umat Islam satu dunia menyambut dan meraikan 1Syawal dengan penuh kesyukuran dan kemenangan setelah menjalani Ramadhan. Serasanya Ramadhan kali ini berlalu dengan begitu pantas sekali tanpa kita sedari. Pejam celik, pejam celik genap sebulan Ramadhan dan muncullah Syawal. Ahlan ya Ramadhan.. Intaziruka fi sanah li ghai...
Kullu am wa antum bil khair.....
Tahun ini kemeriahan Syawal ku sambut bersama dengan keluarga tercinta setelah 4tahun yang lalu ku sambut di perantauan bersama rakan-rakan. Kemeriahan yang berbeza antara di perantauan dan ketika bersama keluarga tercinta. Masing-masing punya kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Terkenang-kenang juga pengalam beraya di perantauan ketika menyambut Syawal bersama keluarga. Jika di perantauan semua di sediakan ala kadar, cukup untuk meraikan Syawal namun saat bersama keluarga kemeriahan berbeza dalam menyambutnya. Penuh warna warni, penuh gelak tawa dan segalanya yang sukar untuk ku gambarkan kemeriahan kali ini.
Namun tatkala mendengar laungan takbir rasa sayu hati ini. Adakah akan bertemu kembali dengan ramadhan akan datang? Persoalan yang sukar dan tidak dapat ku jawab. Namun doa ku panjatkan pada Ilahi agar akan dapat ku bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang. Ameen...
Taqabbalallhu minna wa minkum taqabbal ya kareem...

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan kareemm...session2...


Al quran..tiada bandingan setanding denganmu. Kalam suci penuh hikmah. Penyuluh peribadi penenang sanubari. Peneman diri. Perawat hati. Bacalah ia setiap hari.

* Cara menghafal Al-Qur’an: [1]. Niat ikhlas, [2]. Hatinya bersih, perbanyak ber-istighfar, [3]. Mohon kepada Allah agar Ia tolong kita mudah hafalkan AlQuran letakkan kefahaman itu dalam hati kita, [4]. Hafalkan sedikit demi sedikit, 1 ayat sehari, [5]. Setelah beberapa hari gabung ayat2 yang sudah dihafalkan. [6]. Demikian seterusnya sampai khatam seluruh AlQuran.
* Kuncinya: • niat ikhlas, • istighfar sungguh, • minta tolong Allah fahamkan, • sedikit demi sedikit, • diulang-ulang, • istiqamah dan sabar.

* Membaca Al-Quran Al-Kariem merupakan kewajiban tiap muslim, paling tidak di dalam shalat. Iaitu surat Al-Fatihah yang wajib dibaca saat melaksanakan ibadah shalat 5 waktu.
* Dalil/perintah untuk membaca Al-Quran: “..Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan..” [QS Al-Muzzammil: 1-4], “..Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al-Kitab dan dirikanlah shalat..” [QS Al-Ankabut: 45], “..karena itu bacalah apa yang mudah dari Al-Qur’an..” [QS Al-Muzzammil: 20], “..Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu..” [Al-Qiyamah:17-18], “..Barang siapa membaca satu huruf dari Quran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali ganda..” [HR Tirimizy dan Baihaqi].
* Bila terjemahan Al-Quran itu dibaca, tidak mendatangkan pahala secara khusus. Berbeza dengan teks aslinya dalam bahasa Arab yang mendatangkan pahala.


اللهم ارحمنى بالقرأن واجعله لى إماما و نـورا و هدى ورحـمة. اللهم ذكرنى منه ما نسـيت وعلمني منه ما جهلت وارزقنى تلاوته أناء الليل و أطراف النهار واجعله لى حجة يا رب العالمـين

“Allahummar hamnii bil qur’aan waj’alhu lii imaamaaw wa nuuraw wa hudaw wa rahmah. Allahumma dzakkirnii minhumaa nasiita wa ‘alimna minhuma jahiltu wardzuknii tilaawatahu anaa allayli wa athraafan nahaari waj’alhulii hujjatallana laa hujjata yaa rabbil ‘aalamiin..”


“Ya Allah, rahmatilah aku dengan (barakah) Al-Quran. Jadikanlah ia pimpinan bagiku, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ingatkanlah aku dengan (melalui) Al-Quran apa-apa yang aku terlupa; ajarkan kepadaku melaluinya apa-apa yang aku tidak tahu; berilah aku kefahaman dari pembacaannya pada waktu malam dan siang. Jadikanlah dia bagiku hujjah, Ya Tuhan semesta alam.” (H.R. Abu mansyur dari Abi Dzar )

Monday, September 7, 2009

You raise me up......







When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan Kareemm




Bagaimana Menghilangkan Rasa Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.


Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah beristighfar.. itulah senjata orang2 mukmin.

Friday, August 7, 2009

Ku rindu padanya...


(ibanez papa)

Sungguh ku rindu padanya. Siapakah dia??....Papa....

Kiniku Di Sini...

Thursday, June 18, 2009

Airmata 17 june 09...

Semalam hari terakhir aku bekerja sebagai marketing officer, kerana bermula 22June ini aku akan bergelar guru nun jauh di seberang sana. Aku telah di tempatkan untuk berkhidmat pada anak bangsaku di Tuaran Sabah. Aku akan memulakan pembelajaran ku semula dalam bidang perguruan di Inst Pend Guru Kampus Kent Tuaran Sabah. Sebak hati ini untuk meninggalkan segalanya yang ada di Semenanjung Malaysia. Tapi apakan daya demi sebuah kejayaan pada masa akan datang aku korbankan segalanya. Berjauhan dengan keluargaku, ma dan abah, adik-adik, rakan2 ofis dan yang palingku sayang. Namun untuk sebuah kehidupan masa akan datang pengorbanan itu adalah perlu. Jika aku menyayanginya aku perlu berkorban. Mungkin setiap apa yang ku korbankan ini akan selalu dalam perlindungan dan limpahan rahmat daripada Allah SWT.
Mataku sakit sejak semalam kerana airmata tak henti menangis kerana mengenangkan apa yang bakal ku lalui kini. Aku mohon padaNya, DIA akan selalu melindungiku dalam setiap keadaan dan setiap waktu.
" Awak jangan naughty2, jgn lewat solat, jangan sedih2, kurangkan smoking, rajin tolong mak, kerja sungguh2, jgn lupa DENDA KITA TUE, baca quran selalu, jadilah anak yang selalu menyenangkan mak ayah awak dan rindukan saya tau..hehehe.." ( khas untuk yg ku sayang ). Saya sayang awak... Nanti awak lapang awak turun Sabah tau... i'm gonna miss u 'budak buchuk'

Untuk kawan2 satu ofis, thanks sebab banyak tolong fazat sepanjang 5bulan dalam Koputri+Ukhwah+Kobeta and Kopusamaju. Exspecialy untuk Siti Noor, Abg Wan, Dayah, Siti Ramlah, Rizal and Nizan. Tak lupa juga stuff bhgian admin, semoga kerja yang you all lakukan adalah amal ibadah yang berterusan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Doakan Fazat akan selalu dipermudahkan urusan nun jauh di sana. Fazat sayang you all semua dan akan selalu rindukan saat2 kita "susah senang" bersama. Good luck dan sampai jumpa lagi. Ilal liqa.

Sunday, June 7, 2009

I'm in love with my bestfriend....



Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh
They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, fell the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Tuesday, June 2, 2009

Mabruk....




30June hari bersejarah buat kawan satu ofis. Meninggalkan zaman bujang dan melalui zaman berumah tangga dengan hidup yang perlu perkongsian antara 2jiwa, 2hati dan 2kehidupan. Dara bertemu dengan teruna..Laila bertemu majnun... Juliet bertemu dengan romeo... Moga kehidupan yang bakal di bina akan melalui jalan yang di redhai dan di rahmati oleh Allah SWT.
Ku doakan semoga segalanya adalah yang terbaik dalam hidupmu.. Salam kebahagiaan buat Sajarotuddur Ahmad and Ahmad Rafiuddin....

Tuesday, May 26, 2009

My Nephew....ADAM...





Tak tahu apa nak citer dalam blog kali nie, almaklum la agak sibuk memikirkan masa depan dan perjalanan hidup. Kali nie story about my nephew. So cute and so sweet. Dari kelahirannya ku sambut. Anakku yang bernama Mohamad Adam Naufal. Kini usianya genap masuk 8bulan. Aku yang menyambut kelahirannya di hospital swasta yang terletak di bandar Mansurah Egypt. Kecik-kecik dah lahir kt luar negara, untungnya. Hope keberuntungan yang anak kecil ini dapat akan menjadikan dia seorang anak yang soleh kelak dalam keturunannya.
Now Adam dah semakin besar, dah pandai merangkak, then dah mula pandai nak bejalan. Suka sangat nak lepas tangan then nak cuba berdiri dan jalan. Alih-alih jatuh terantuk then demam. Puas dia kena urut. Mana taknya jatuh then badan sakit-sakit tue yang membuatkan Adamku demam. Mujur ada ammati dengan ammi yg sayangkan dia. Al maklum la nephew pertama dalam keluarga Mohd Dawam+Nor Aisyah. Mungkin bakal lahir lagi generasi yang seterusnya tak lama lagi. Hehehehe.....

Saturday, May 2, 2009

Selamat Hari Pekerja...


Selamat hari pekerla untuk semua yang bekerja. Tahun ni tahun pertama aku merasainya, mana tidaknya tahun nie la aku mula melalui alam pekerjaan. Sebelum nie just meraikan tetapi tahun nie diraikan bersama dengan pekerja-pekerja yang lain. Dapat la cuti tiga hari, Jumaat, Sabtu dan Ahad. So balik kampung jumpa family.
Untuk pengetahuan member blogger insyAllah 18Mei nie aku akan di interview untuk program KPLI pengambilan June09. Takut juga nak di interview. Kena buat persediaan awal. Kena study balik. Almaklum dah lama.........so doakan yer!!!

Saturday, March 21, 2009

Mabruk alaiki ya ukhti....


Hari nie my family sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan my sister yg ke3. Ini adalah pertama kali my family mengadakan majlis perkahwinan. Sebelum ini ada jugak tapi buat kt oversea. Masa tue my brother la yang kawin. Tapi abah dgn ma tak dapat hadir just aku jer yg ada dan sekarang dah ada seorang anak pun my brother tue.
Majlis kali nie melibatkan 500jemputan sahaja. Majlis urgent yang tiada rancangan rapi tapi berjalan dengan baik insyAllah. Majlis walimah ini meraikan my sister Noor wati binti Mohd Dawam dengan pasangan pilihannya Mohd Rafaie bin Sulaiman dan lebih mesra dengan panggilan Paie dalam familyku. Aku belum sempat nak rakam gambar-gambar sekitar majlis walimah kali nie. InsyAllah esok aku cuba rakamkan sekitar majlis walimah my sister nie. Ku doakan ikatan yg dijalinkan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.. Ameen..

Saturday, March 7, 2009

Duty Hari Sabtu...



Hari nie aku kena duty untuk sabtu minggu pertama dalam bulan Mac. Aku duty with Siti Noor. Stuff lama semua pergi bercuti ke Taiwan. Program tahunan untuk kakitangan UKHWAH BERHAD.
Actualy sekarang nie masuk satu bulan 4hari aku dah bekerja dengan Ukhwah Berhad. Memang best kejer kt Ukhwah. Walaupun kekadang agak tertekan dengan kejer di bahagian full sattlement tapi bila kengkawan yang satu department dalam marketing tolong then buat lawak aku jadi happening balik. Aku bersyukur sangat punyer rakan kerja yang sangat2 understanding.. Tanpa mereka sunyilah marketing Ukhwah and KoPutri.
Nak kongsi cerita jugak dalam blog nie,setakat hari nie aku dah berjaya buat dua submittion untuk clien aku. Seorang tue buat pinjaman peribadi untuk sektor awam-i dengan jumlah RM28,000 then yang satu lagi tue buat overlap dengan jumlah RM50,000. Bila dapat tolong orang rasa senang hati dan lapang dada. Dengan motto yang sentiasa company aku pegang " susah senang kita bersama " membuatkan aku rasa terpanggil untuk memikul tanggungjawab ini dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan yang sebaik mungkin.
Hope lepas-leopas nie Allah akan selalu memberikan aku petunjuk jalan hidup yang terbaik. Terima kasih atas rezeki yang sentiasa tak pernah putus.

Wednesday, February 18, 2009

Very friendly...



-rakan sekerja.. Siti, Dayah, Aliff, Abg Wan and Siti Noor-

Masuk hari nie hampir 3minggu aku bekerja. Memang aku akui letih sangat, tapi kepuasaan dalam bekerja tue dapat aku rasai. Biarpun agak berliku jalannya tapi natijah daripada jalan yang berliku adalah kepuasaan yg berlipat ganda. Bak kata pepatah " sikit-sikit lama-lama jadi bukit ". Yang penting kita berusaha dan mencuba. Banyak teori dan rumus dalam 'counting' telah aku pelajari. Actualy aku bukannya mahir sangat tapi Alhamdulilallah berkat pertolongan rakan2 dan bos aku sendiri semuanya berjalan dengan baik. Memang terkedek-kedek la mula-mula nie tapi bila dapat selelsaikan rasa puas sangat.
3minggu aku dalam proses training nie aku dah dapat klien dalam 5 keatas la..semuanya nak buat loan dalam amount yg besar. Berpuluh-puluh ribu, ada jugak yang ratusan ribu. Zaman sekarang nie semua orang perlukan duit. Nak kawen duit, nak beli rumah duit, nak bersalin pun duit, semua perlukan duit. Tanpa duit semuanya tak akan berjalan dengan lancar. Pendek kata semuanya duit. Duit, duit, duit.....
Mungkin bila orang baca blog aku nie orang ingat aku punya kejer nie kena cari orang. Tapi sebenarnya aku tak pernah pun cari orang tapi orang yang cari aku. Sebab akulah penyebab kepada mereka untuk dapat buat duit. Asal yang namanya 'goverment' tentu saja aku dapat bantu.
Lagi yang membuatkan aku happy rakan-rakan sekerja yg very sporting and happening. Memang gila-gila. Sehari memang tak kering gusi dengan telatah kengkawan dekat ofis. Macam-macam gelagat dan lawak spontan yang diorang buat. Nak katanya bahagian dekat ofis tue, bahagin kitorang la yang paling happening. Memang best. Setakat hari nie bahagian kitorang ada 6orang stuff. 2lelaki dan 4perempuan. So far setakat nie kitorang saling bekerjasama antara satu sama lain. Siap pas2 klien lagi. Agak2 pening fikir pas kat kengkawan yang boleh settlekan. Selalunya aku akan pas pada Aliff and Siti Noor. Diorang yang akan bantu aku. Tapi kalau bab 'counting' aku akan berguru dengan Abg Wan and Aliff sekali lagi. Tue la my officemate yang sangat2 sporting and understanding. Diorang tahu aku lambat sikit untuk 'counting' tapi diorang tak pernah kedekut untuk tunjuk dan perbetulkan apa yg silap. " Mekaceh Aliff, Abg Wan and Siti Noor ". InsyAllah selagi Allah beri rezeki aku di UKHWAH BERHAD, aku akan terus berkerja di UKHWAH BERHAD. Dengan slogan " susah senang kita bersama " akan selalu aku praktikkan dalam institusi kerja aku di UKHWAH BERHAD untuk memberi bantuan kepada siapa sahaja yang menginginkannya.
Kata2 semangat untuk diri sendiri tue penting. " Jangan mengalah sebelum mencuba ". " Usaha tangga kejayaan ". And yang paling best " Good luck "






Saturday, February 14, 2009

Firdaus Amir Ramli dah ada anak....(mcm x caya)




Petang tadi buat sekian kalinya, akhirnya dapat juga berjumpa dengan kawan lama... Firdaus Amir Ramli... dekat dua tahun tak jumpa dia dan akhirnya berjumpa jugak. Dah ada anak lagi jangan tak caya... comel sangat... Dapat juga bersua muka juga dengan isteri dia ( Puan Maryanti ). Baby baru berusia 2minggu. Comel sangat geram rasanya tengok anak orang. Anak sendiri bila la agaknya. Hehehehe.....

Thursday, February 12, 2009

Stuff yg memang best....

Masuk hari dah dekat 2minggu kerja kt Ukhwah Berhad. Setakat nie alhamdulilallah Allah beri

Wednesday, February 4, 2009

Di mana ada kesungguhan di situ ada jalan.

Hari nie masuk hari kedua aku mengikuti Skim Lepasana Graduan (SLG). Memang letih. Semalam jer sampai rumah jam 8mlm but today awal sikit sampai, 630ptg dh sampai rumah. Walaupun terpaksa bersesak dalam LRT PUTRA dan STAR namun aku puas kerana akhirnya aku dapat merasai dunia bekerja. Perlu bangun seawal 6pagi. Keluar rumah jam 7pagi untuk mengelak drp kesesakan dlm LRT Setiawangsa ke Masjid Jamek dan sampai tempat kejer sekitar 8pagi. Waktu nie warga Kuala Lumpur yg bekerja berpusu2 menggunakan perkhidmatan LRT. Kena berhimpit2 dalam LRT bagiku kini perkara biasa. Normal. Tempat kerjaku sangat friendly stuff2 nya. Walaupun aku adalah pelatih namun tiada perbezaan antara pelatih dan permenant. Aku sangat enjoy.
Hari pertamaku semalam agak tertekan, almaklum aku perlu belajar 'counting' yg selama nie aku tak pernah belajar. Memang pening kepala sangat2 semalam. Tapi Alhamdulilallah hari nie aku enjoy because hari nie aku di ajar cara present untuk marketing. Percayalah, marketing bukanlah satu yg mudah bagi orang yang tak pernah tahu ilmu tue macam aku nie. Perlu bersemuka dengan orang ramai tapi aku cuba dan cuba untuk belajar. Hope dengan percubaan ini aku mampu untuk jadi seorang yang berani untuk ke hadapan. " Caiyyok ". Mujur lah latihanku nie tertumpu pada goverment, so rasa safety sikit.
Walaupun coretanku sekadar "seciput" but aku harap boleh dikongsi bersama dengan kawan2. Apa yg penting dimana ada kesungguhan insyALLAH di situ akan sentiasa Allah beri jalan untuk menyelesaikan. Satu lagi restu orang tua sangat memainkan peranan penting untuk kehidupan kita.

" Menjana ekonomi Islam"

Sunday, February 1, 2009

Federer kalah lg kali nie...




My favorite player in tennis Roger Federer kalah lagi kali nie. Sedih betul. Hari tue masa Olympic game, now in Australian Open 2009 pulak. Lawan yang sama dia dikalahkan. Rafal Nadal from Spain. Kali nie 5pusingan diorang berentap. Berkecai harapan nak setanding dgn lagenda Pete Sampras yg 14kali menjuarai Grand Slam. Walau apapun hope Federer akan menang untuk kejuaraan yg akan datang. Go Federer Go......

Bekerja sambil belajar

Alhamduliallah akhirnya Allah memberikan kemurahan rezeki untukku menjalani kehidupan. Walaupun mungkin ianya diluar bidang pembelajaranku namun kerana nasihat dan sokongan daripada abah aku yakin aku mampu untuk melakukannya. Cuma perlu sabar, tabah, cekal dan bersemangat waja serta jitu dalam mengharunginya. Walaupun suatu yang baru insyALLAH berkat doa dan sokongan daripada kedua orang tuaku, aku yakin aku mampu untuk melakukannya.
Bersama menjana ekonomi Islam.
Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad
( My company )

Friday, January 23, 2009

Nice present...


Thank you so much for K.Olie because you give me ar nice present. Nice perfume.... ( The Body Shop) I like that. Thank you K.Olie.

Hari Ulangtahun... Sanah Helwah... Happy Birthday.. ( 26 )

( Fazat Asma d latest in January 2009 )
Hari ulangtahun kelahiranku yg ke 26. Dah makin tua dari tahun ke tahun. Gerun dengar bila dah mencecah usia 26 nie. Perjalanan hidup makin mencabar untuk di lalui. Sepanjang 26tahun usiaku banyak perkara suka dan duka telah pun ku lalui. Daripada yg semanis2 peristiwa hinggalah sepahit2nya telah pun ku lalui. Kehidupan walau sukar mesti di lalui kerana di situlah kita di uji sama ada kita kuat ataupun tidak untuk mengharunginya.
Ku panjatkan kesyukuran pada Allah SWT yang masih dan terus memberikan kehidupan hingga hari ini. Moga usia yg diberikan oleh Allah SWT ini akan ku pergunakan dengan sebaik2nya untuk kehidupan dunia dan akhirat. Kepada ma dan abah syukran atas segala curahan kasih sayang dan nasihat untuk Fazat. Tanpa ma dan abah siapalah Fazat di dunia ini. Buat rakan2 seperjuangan selama 26tahun ini, Fazat ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi menjadikan Fazat rakan dalam hidup "u all". Doakan diriku di permudahkan urusan kehidupan dunia dan akhirat. Ameen.

" Semoga berjaya dalam kehidupan ... Fazat Asma binti Mohd Dawam "

Wednesday, January 21, 2009

2009 is are new brand from Barack Obama??


Are new brand from United State... Barack Obama...
Congratulation!..