Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Thursday, June 18, 2009

Airmata 17 june 09...

Semalam hari terakhir aku bekerja sebagai marketing officer, kerana bermula 22June ini aku akan bergelar guru nun jauh di seberang sana. Aku telah di tempatkan untuk berkhidmat pada anak bangsaku di Tuaran Sabah. Aku akan memulakan pembelajaran ku semula dalam bidang perguruan di Inst Pend Guru Kampus Kent Tuaran Sabah. Sebak hati ini untuk meninggalkan segalanya yang ada di Semenanjung Malaysia. Tapi apakan daya demi sebuah kejayaan pada masa akan datang aku korbankan segalanya. Berjauhan dengan keluargaku, ma dan abah, adik-adik, rakan2 ofis dan yang palingku sayang. Namun untuk sebuah kehidupan masa akan datang pengorbanan itu adalah perlu. Jika aku menyayanginya aku perlu berkorban. Mungkin setiap apa yang ku korbankan ini akan selalu dalam perlindungan dan limpahan rahmat daripada Allah SWT.
Mataku sakit sejak semalam kerana airmata tak henti menangis kerana mengenangkan apa yang bakal ku lalui kini. Aku mohon padaNya, DIA akan selalu melindungiku dalam setiap keadaan dan setiap waktu.
" Awak jangan naughty2, jgn lewat solat, jangan sedih2, kurangkan smoking, rajin tolong mak, kerja sungguh2, jgn lupa DENDA KITA TUE, baca quran selalu, jadilah anak yang selalu menyenangkan mak ayah awak dan rindukan saya tau..hehehe.." ( khas untuk yg ku sayang ). Saya sayang awak... Nanti awak lapang awak turun Sabah tau... i'm gonna miss u 'budak buchuk'

Untuk kawan2 satu ofis, thanks sebab banyak tolong fazat sepanjang 5bulan dalam Koputri+Ukhwah+Kobeta and Kopusamaju. Exspecialy untuk Siti Noor, Abg Wan, Dayah, Siti Ramlah, Rizal and Nizan. Tak lupa juga stuff bhgian admin, semoga kerja yang you all lakukan adalah amal ibadah yang berterusan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Doakan Fazat akan selalu dipermudahkan urusan nun jauh di sana. Fazat sayang you all semua dan akan selalu rindukan saat2 kita "susah senang" bersama. Good luck dan sampai jumpa lagi. Ilal liqa.

1 comment:

  1. Assalamualaikum~ Hai k.Fazat... Kena gi sabah? K.Fazat decided nk jadi cikgu? Skang ni mmg ramai cikgu baru kena appoint kt area sana mcm aysha nyer kakak sepupu. Nway, aysha tahu how it feel nak berpisah ngan org yg tersyg, coz I'm gonna leave my friends kt Egypt too, like u do... but tak bermakna ikatan itu akn terputus kn? lebih2 lg zaman skang ada internet. Jangan la nangis manyak2~ x elok. Kata nama blog "don't be sad" tapi tuan punya blog selalu ajer sad.X nak la mcm tu. Nanti cepat tua, pontianak pon takut nk dekat!!! HaHaHa. harap dpt hiburkn hati yg pedih itu walaupon x sebrapa~ Nway, best of luck in evrything u do. Miz ya K.Fazat!!! harap dapat jenguk we all bile balik semenanjung krg ok?

    ReplyDelete