Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Wednesday, February 18, 2009

Very friendly...



-rakan sekerja.. Siti, Dayah, Aliff, Abg Wan and Siti Noor-

Masuk hari nie hampir 3minggu aku bekerja. Memang aku akui letih sangat, tapi kepuasaan dalam bekerja tue dapat aku rasai. Biarpun agak berliku jalannya tapi natijah daripada jalan yang berliku adalah kepuasaan yg berlipat ganda. Bak kata pepatah " sikit-sikit lama-lama jadi bukit ". Yang penting kita berusaha dan mencuba. Banyak teori dan rumus dalam 'counting' telah aku pelajari. Actualy aku bukannya mahir sangat tapi Alhamdulilallah berkat pertolongan rakan2 dan bos aku sendiri semuanya berjalan dengan baik. Memang terkedek-kedek la mula-mula nie tapi bila dapat selelsaikan rasa puas sangat.
3minggu aku dalam proses training nie aku dah dapat klien dalam 5 keatas la..semuanya nak buat loan dalam amount yg besar. Berpuluh-puluh ribu, ada jugak yang ratusan ribu. Zaman sekarang nie semua orang perlukan duit. Nak kawen duit, nak beli rumah duit, nak bersalin pun duit, semua perlukan duit. Tanpa duit semuanya tak akan berjalan dengan lancar. Pendek kata semuanya duit. Duit, duit, duit.....
Mungkin bila orang baca blog aku nie orang ingat aku punya kejer nie kena cari orang. Tapi sebenarnya aku tak pernah pun cari orang tapi orang yang cari aku. Sebab akulah penyebab kepada mereka untuk dapat buat duit. Asal yang namanya 'goverment' tentu saja aku dapat bantu.
Lagi yang membuatkan aku happy rakan-rakan sekerja yg very sporting and happening. Memang gila-gila. Sehari memang tak kering gusi dengan telatah kengkawan dekat ofis. Macam-macam gelagat dan lawak spontan yang diorang buat. Nak katanya bahagian dekat ofis tue, bahagin kitorang la yang paling happening. Memang best. Setakat hari nie bahagian kitorang ada 6orang stuff. 2lelaki dan 4perempuan. So far setakat nie kitorang saling bekerjasama antara satu sama lain. Siap pas2 klien lagi. Agak2 pening fikir pas kat kengkawan yang boleh settlekan. Selalunya aku akan pas pada Aliff and Siti Noor. Diorang yang akan bantu aku. Tapi kalau bab 'counting' aku akan berguru dengan Abg Wan and Aliff sekali lagi. Tue la my officemate yang sangat2 sporting and understanding. Diorang tahu aku lambat sikit untuk 'counting' tapi diorang tak pernah kedekut untuk tunjuk dan perbetulkan apa yg silap. " Mekaceh Aliff, Abg Wan and Siti Noor ". InsyAllah selagi Allah beri rezeki aku di UKHWAH BERHAD, aku akan terus berkerja di UKHWAH BERHAD. Dengan slogan " susah senang kita bersama " akan selalu aku praktikkan dalam institusi kerja aku di UKHWAH BERHAD untuk memberi bantuan kepada siapa sahaja yang menginginkannya.
Kata2 semangat untuk diri sendiri tue penting. " Jangan mengalah sebelum mencuba ". " Usaha tangga kejayaan ". And yang paling best " Good luck "






No comments:

Post a Comment