Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Wednesday, November 4, 2009

Pening dengan assigment yg bertimbun2 nie...

Cuti persekolah makin hampir so kuliyah di IPG Kent pun makin dekat la. Bila tak mengajar kena belajar la plak. Apa boleh buat. Untuk masa depan kena la lakukan itu semua. assigment plak tak siap lagi. Mula kuliyah nie assigment kena hantar tapi tak siap lagi. Aktiviti sekolah banyak sangat. Perkhemahan la, hari sukan la, anugerah cemerlang lagi la. Hai, memamg takde masa nak siapkan assigment. Balik ke rumah dah penat. Malam alkisahnya tidur awal la plak. So sebagai jalan penyelesaiannya, kena la curi-curi masa untuk buat sikit-sikit tugasan assigment yang tlah di pertanggungjawabkan walaupun kadang-kadang tue sampai tak menang tangan nak buat. Memamg penat la. Tue la pengorbanan yang kita kena buat untuk menjadi seorang guru. Waktu aku mencoret nukilan ini, aku agak busy sedikit tapi aku cuba juga untuk mencoretkan luahanku ini dalam blogku yang sudah agak lama tidakku update kan. Jumaat nie 6/11/09 aku terlibat dengan perkhemahan serumpun di SK Merintaman yang melibatkan 300 org pelajar di seluruh daerah Sipitang. Perkhemahan ini pula berlarutan hingga 9/11/09. Aduhai penatnyer. 10/11/09 pula ada Mesyuarat sekolah, kurikulum dan Kokurikulum sekolah. kena jadi setiauasaha untuk catat minit mesyuarat. Aduhai sekali lagi. Tidak habis di situ, keesokan harinya 11-12/11 ada pula Bengkel Program Malaysian Grid for Learning (myGfL) di Pejabat Pelajaran pula. Aduhai sekali lagi.. mak oi.. penuhnya agenda minggu nie dan minggu hadapan. Tapi apa boleh buat. Maka assigment ku akan bertangguh lagi kali nie.
Semua nie adalah pengalaman yang baru dalam bidang tugasku sebagai seorang guru.

No comments:

Post a Comment