Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Sunday, June 13, 2010

Kemuliaan Mu Rejab... Sentiasa Ku Tunggu....

Rejab datang lagi memunculkan dirinya. Namun masih ada yang tidak menyedarinya. Kemunculan Mu Rejab sentiasa ku tunggu namun di awal kedatanganMu aku tidak dapat menyambutnya dengan berpuasa. Tapi aku berjanji apabila masa tiba, aku akan memuliakan Mu dengan berpuasa. Rejab oh Rejab. Kau di kenali dengan bulan Allah. Sayang andai aku tidak menghargai kedatanganMu.

Berpuasa, tingkahkan amal ibadah, bersedekah dll amal ma'aruf adalah sangat baik di bulan Mu ini wahai yang bernama Rejab. Selamat menjalani bulan Rejab dengan amal ibadah yang makin bertambah.

اللهم بارك فى الرجب والشعبان وفى الرمضان ......

"Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq."

No comments:

Post a Comment