Pages

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Vacation tickers

Wednesday, April 28, 2010

berkenalan dengan k.ita and d family...

Actually now dah masuk bulam Mei ( lg 3hr jer ).. tapi pun masih banyak lagi kerja yang dok tertangguh tak settle2 lg. Kerja sekolah jgn cakap la memang banyak. Campur lagi dengan study... ( aduh..duh..duh ). Walau paper pun hidup masih lagi enjoy. Waktu cuti maintain la cuti. Mana boleh kacau.. ( heheheheeee)
Minggu lepas and 2week sblm tue, every friday aku turun KK. Dok dekat sipitang kalau weekend memang membosankan, so ambil peluang nie turun KK.. Kebetulan ada rumah sewa jgk d KK so x masalah untuk berulang alik tiap2 minggu ke KK. Biasa la orang bujang kan!!! hehehehe
Last week with my best friend we'all keluar menuju puncak ( hehehe )..keluar menuju destinasi yang di tuju la...( but tak bawa camera plak masa tue so x dpt nak rakam kenangan )...sedey nyer... Cuma apa yang dapat just ingatan jer la. with my pren, we'all gi rumah satu kenalan baru yg terletak di taman iramas KK. Aku pun baru jer nak kenalan. Belum pernah jumpa lg but my best pren dh pernah la jumpa bcz dia mengajar anak orang tue Iqra'.
We'all drive mengikut petunjuk yg dah pun dia sms pd we'all. Agak mudah untuk mengenali tempat dan kawasan tempat kenalan baru we'all nie duduk. Drive punyer drive dan akhirnya pun sampai... Satu-satunya banglo berwarna KUNING telah dapat kami detect dr dalam keter lg.Seperti guide yg telah di berikan, rumah kenalan baru we'all nie warna KUNING.. we'all berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah ( org yg baru nak aku kenal ).. Kami pun bunyikan hon.... ( tit...tit..) maka terpacul lah kepala seorang budak yg sangat COMEL...im si xcited to know her....
Boy yg kepalanya terpacul tadi terus memanggil mamanya di dapur..." mama..mama ustazah datang.." after pagar buka we'all tur parking keter betul2 depan pintu masuk rumah. Maka kami pun melangkahkan kaki masuk ke rumah kenalan baru ku..( tp dah lama bg my best pren..hehehee ) aku perkenalkan diri... " my name fazat.. akak aper nama??.. panggil k.ita jer.. ooooo " so start dr saat tue AKU panggil dia k.ita. anak dia sangat friendly...im so xcited..kami pun bersembang sakan. Rupanya k.ita nie orang kluang, johor. Orang jawa lagi. hehehee... bekas pramugari.. ( patut la santeekkk ). K.ita sangat friendly bagiku. Apa tidaknyer, macam2 story we'all borakkan. Dari kisah family sampai la pengalaman hidup...
K.ita kawen dengan jejaka keturun dusun yang telahpun masuk Islam. So anak-anak dia memang cute...anak mix...hehhehee.. Sorang nama Haris and sorang lagi nama Edry and in coming ada lagi sorang. Now k.ita tgh pregnant 8bln.
Citer punyer citer rupernyer k.ita nie jugak x kawan. So everyday dia dok rumah jer. Berkawan dengan anak2 jer la. Tak saper2 yg dia kenal selain family in law dia jer dekat sabah nie. Kesian dengar citer dia. So we'all yg baik hati nie tanpa segan silu menawarkan diri utk menjadi kawan k.ita. Dia happy bila we'all cakap macam tue.
" besar tangan nyiru kami tadahkan..."
Masa mencemburui..tup..tup dah pkul 1tghri. Dah la masa dtg rumah k.ita tue hari ahad. aku terpaksa berkejar-kejar sbb aku pun kena balik ke sipitang. Almaklum la esok dah nak mula kerja balik. So, sebelum balik, k.ita jamu makan nasi himpit, kuah masak lodey, ayam goreng and sambal ikan bilis kt we'all. memang sedap. Dapat la alas perut before drive balik ke sipitang. tepat jam 2ptg we'all mintak izin pd k.ita utk balik..tergesa-gesa jgk lah....
dalam pada tergesa-gesa tue sempat jugak plan nk g JAKEL. hehehe...
so singgah la kejap cuci matanyer...hehehhheheheeeee....jalan punyer jalan..tgk2 kul 3.15ptg.hhaaaaaaaaaaaaaaa...lewat udah aku nie....
bergegas ajak my pren blik putatan sbb aku kena blik sipitang...barang x kemas lagi.adoi..ermmmmm... Nak di jadikan citernyer aku bertolak balik ke sipitang jam 4ptg dr Kota Kinabalu and sampai di sipitang lbh kurang jam 6.30ptg....apa boleh buat kalau ditugaskan diluar bandar mcm aku nie...hehheeee
so moral off d story is...kita jgn cepat menilai seseorang yg kita blm kenal bagaimana orangnya... aper owang puih kater yang ader cover2 book tue...' aku pun dah lupa..'heheheeeee.
ok la yer..setakat nie jer yg dpt aku kongsi..sebenar nyer banyak lagi tp tue la masa x nak type diary nie la "kengkononnyer" heheheeee. sampai jumpa lagi...

ala...x bw camera so x dapat ambik gambar dengan kenalan baru aku tue...sedey....

Friday, March 19, 2010

Dah habis dah..






- Antara gelagat time interaksi Mac 2010 dekat Kent -

Hari nie last day interksi. Satu hari nie subject banyak tumpu pada sukan and aktiviti gerko. So seharian pakai baju sukan la... Petang nie jam 6.00 habis la interaksi untuk bulan Mac. Next interaksi Jun 2010 pulak. So lagi 3bulan jumpa lagi Kent....heheheeeee

Thursday, March 18, 2010

Kembali berinteraksi





interaksi kali nie byk tertumpu pada pembinaan negara bangsa dan kemantapan untuk sahsiah guru... then antara lecture yang masuk untuk interaksi kali nie en.ismail awang piut ( my favorite lecture ...memamg best.. " ketua jabatan kajian sosial" ), en.zainuddin ( PSU ), ustaz nik hassan ( MPA ), pn. jauyah ( PDIG ), en.victor ( sukan ), hj rozaimi ( PKK )...and banyak lagi la...tp yang paling best en.ismail awang piut..heheheheeee....

Thursday, February 11, 2010

2010.....




Februari bakal melabuhkan tirainya dengan di pertengahan bulannya sekolah akan bercuti sehingga 21/2 nie. Sempena menyambut Tahun Baru Cina dan cuti persekolahan selama satu minggu tidak ku sia-siakan dengan pulang ke semenanjung. rindu pada keluarga. Kebetulan cuti kali nie jer dapat balik ke semenanjung, cuti yang akan datang dah tak dapat balik sebab kena masuk ipgm kampus kent untuk interaksi. So tak boleh lepaskan peluang yang ada nie. Dalam perancangan nie banyak yang harus di settlekan. Antaranya menyudahkan tugasan assigment yang telah diamanahkan untuk di selesaikan sebelum interaksi March 2010 nie.
Sepanjang awal tahun 2010 nie aku belum berkesempatan untuk mencoretkan bingkisan dalam blogku nie. Sibuk dengan urusan sekolah dan anak2 murid yang pelbagai ragam. Balik rumah jer dah penat so tak masa nak fikirkan apa yang nak di ceritakan dalam blog. Tahun 2010 tugasan aku di sekolah kian bertambah. Tak cukup dengan guru j-QAF aku di amanahkan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Guru Aksess 2010 di SK Sindumin. Aku terima tugasan yang di amanahkan ini dengan tangan terbuka. Aku turut dilantik menjadi org kedua penting dalam pelaksanaan Skim Pinjaman buku Teks SK Sindumin. Walaupun berat tugasan yang di berikan, aku tetap jua merasakan yang aku mampu untuk melakukannya mengikut keupayaan diriku sendiri. Apa yang termampu akan ku lakukan untuk memberikan yang terbaik dalam melakukannya.
Tahun 2010 nie waktu pengajaranku secara keseluruhan semuanya 32waktu.. Jadual dalam waktu P&P sebanyak 25waktu dan di luar jadual P&P iaitu tasmik sebanyak 8waktu. Letih jugak tue, kena pulak subjek pemulihan jawi, aduhai lagi la tenat. Susah untuk ku ceritakan cabaran mengajar Pemulihan Jawi. Anak2 Sabah secara majoritinya bukanlah dari satu golongan yang celik IQ nya dengan jawi berbanding dengan anak2 di sebelah semenanjung yang lebih terdedah kepada jawi. Kalau di semenanjung anak2 kecil secara majoritinya telah di asuh dengan bacaan Iqra. Tapi berlainan pula dgn Sabah, majoritinya tidak kenal apa itu Iqra melainkan ibu bapa yang menghantar anak2 mereka ke sekolah Pra persekolahan. Walau apapun cabaran itu perlu ku sahut untuk menjadikan anak2 Sabah jugak mampu untuk maju dalam Pendidikan ilmu Jawi.kata orang "tak kenal maka tak cinta " maka begitulah juga yang berlaku. Anak2 Sabah belum mengenali namun setelah mereka mengenalinya, ada anak2 nie yang tak sabar nak tunggu waktu P&P jawi dan Al-Quran.
Andai mahu bercerita tentang guru2 pula, aku sangan bersyukur pada Allah SWT atas apa yang telah di berikan padaku kini. Alhamdulilallah guru2 di SK Sindumin semua2 baik2 dan sporting belaka. Selalu memberi tunjuk ajar yang tidak terhingga kepadaku selama aku bertugas di sini. Aku rasa sangat bertuah kerana dapat berkhidmat di sekolah yang bukan calang-calang sekolah. Sekolah ku adalah sekolah cemerlang daerah Sipitang Sabah. Walaupun sekolah yang kecil tapi jiwa guru2 nya sangat besar untuk mendidik anak bangsa Sabah. Walaupun jauh daripada bandar tapi guru2 SK Sindumin adalah di tahap yang terbaik bagiku.
Serasanya cukuplah sedikit bingkisan untuk kali nie, hope bingkisan yang sedikit ini dapat menggambarkan betapa kehidupan ku di bumi Sipitang Sabah ini akan memberi makna dan kenangan yang indah dalam perjalanan hidupku yang baru bermula ini. Ku mohon pada Allah SWT akan selalu memberkati kehidupanku dunia dan akhirat. Andai aku tersasar dari landasanMu ya Allah maka peliharalah aku dan andai aku lemah kau kuatkan dan tabahkan hatiku ya Allah. hanya padaMu alu bermohon untuk kehidupan ini.
Ilal liqa maasalamah.....

Saturday, December 5, 2009

My priussss.....



Tak sabar rasanya untuk memiliknya, My Prius.......

Wednesday, December 2, 2009

Di siniku Bermula...




Di siniku bermula,
Sebuah perjuangan,
Melangkah ke hadapan,
Untuk menuju masa depan,
Yang lebih cemerlang.

Thursday, November 26, 2009

Kelas INTERAKSI Yang Sangat Meletihkan....

Hari nie dah masuk satu minggu kelas interksi KPLI j-QAF LPBS JUN 09. Memang penat sangat sampai tak bole nak kata. Mula jam 7.30am sampai jam 10.00pm. Memamg penuh masa. Balik bilik terus tido... hahahahaa... Tapi apap boleh buat nie semua adalah persediaan untuk masa depanku kelak. Mahu atau tidak mahu mesti di lalui. Apa yang penting hati kena sentiasa IKHLAS dalam menuntut ilmu." Lillahitaala "
Esok sekali lagi sambut raya eduladha di perantauan. Sebab dah biasa raya di perantauan so tak rasa sedih pun tapi mungkin bagi yang tak biasa mungkin akan sedih kot..hehehe...
Cuma yang bezanya tahun lepas Eduladha ku sambut di bumi anbiya dan tahun ini Eduladha ku sambut di negeri di bawah bayu. Suasana semestinya lain. Kalau di Mesir suasana Edulada sangat happening berbanding dengan Malaysia. Memang rindu dengan suasana tue. Tapi apa boleh buat, InsyAllah kalau ada rezeki nak jgk ke sana lagi nanti.
Minggu nie punyer aktiviti x dapat nak tu uk gambar lagi. tengok la dalam minggu depan bila ada masa nak update blog. try jgk nk tunjuk gambar2 dekat IPG kampus Kent nie pada semua org dekat semennjung...ehehehehehe.. Best Kent nie..
ok see u soon

Wednesday, November 4, 2009

Pening dengan assigment yg bertimbun2 nie...

Cuti persekolah makin hampir so kuliyah di IPG Kent pun makin dekat la. Bila tak mengajar kena belajar la plak. Apa boleh buat. Untuk masa depan kena la lakukan itu semua. assigment plak tak siap lagi. Mula kuliyah nie assigment kena hantar tapi tak siap lagi. Aktiviti sekolah banyak sangat. Perkhemahan la, hari sukan la, anugerah cemerlang lagi la. Hai, memamg takde masa nak siapkan assigment. Balik ke rumah dah penat. Malam alkisahnya tidur awal la plak. So sebagai jalan penyelesaiannya, kena la curi-curi masa untuk buat sikit-sikit tugasan assigment yang tlah di pertanggungjawabkan walaupun kadang-kadang tue sampai tak menang tangan nak buat. Memamg penat la. Tue la pengorbanan yang kita kena buat untuk menjadi seorang guru. Waktu aku mencoret nukilan ini, aku agak busy sedikit tapi aku cuba juga untuk mencoretkan luahanku ini dalam blogku yang sudah agak lama tidakku update kan. Jumaat nie 6/11/09 aku terlibat dengan perkhemahan serumpun di SK Merintaman yang melibatkan 300 org pelajar di seluruh daerah Sipitang. Perkhemahan ini pula berlarutan hingga 9/11/09. Aduhai penatnyer. 10/11/09 pula ada Mesyuarat sekolah, kurikulum dan Kokurikulum sekolah. kena jadi setiauasaha untuk catat minit mesyuarat. Aduhai sekali lagi. Tidak habis di situ, keesokan harinya 11-12/11 ada pula Bengkel Program Malaysian Grid for Learning (myGfL) di Pejabat Pelajaran pula. Aduhai sekali lagi.. mak oi.. penuhnya agenda minggu nie dan minggu hadapan. Tapi apa boleh buat. Maka assigment ku akan bertangguh lagi kali nie.
Semua nie adalah pengalaman yang baru dalam bidang tugasku sebagai seorang guru.

Thursday, September 24, 2009

Inilah keluargaku


This is my big family.

Sempena dengan Syawal, kami satu keluarga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kenangan satu famili. Pada eid mubarak yang pertama kami sekeluarga tidak berkesempatan untuk merakamkannya. Namun begitu pada eid mubarak yang ke3 peluang dan waktu yang terhad digunakan dengan sebaik mungkin untuk merakamkan kenangan manis berkumpul bersama.

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal...



Allahu akbar, Allahu akbar, allahu akbar, wa lilallahhilham...

Hari ini umat Islam satu dunia menyambut dan meraikan 1Syawal dengan penuh kesyukuran dan kemenangan setelah menjalani Ramadhan. Serasanya Ramadhan kali ini berlalu dengan begitu pantas sekali tanpa kita sedari. Pejam celik, pejam celik genap sebulan Ramadhan dan muncullah Syawal. Ahlan ya Ramadhan.. Intaziruka fi sanah li ghai...
Kullu am wa antum bil khair.....
Tahun ini kemeriahan Syawal ku sambut bersama dengan keluarga tercinta setelah 4tahun yang lalu ku sambut di perantauan bersama rakan-rakan. Kemeriahan yang berbeza antara di perantauan dan ketika bersama keluarga tercinta. Masing-masing punya kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Terkenang-kenang juga pengalam beraya di perantauan ketika menyambut Syawal bersama keluarga. Jika di perantauan semua di sediakan ala kadar, cukup untuk meraikan Syawal namun saat bersama keluarga kemeriahan berbeza dalam menyambutnya. Penuh warna warni, penuh gelak tawa dan segalanya yang sukar untuk ku gambarkan kemeriahan kali ini.
Namun tatkala mendengar laungan takbir rasa sayu hati ini. Adakah akan bertemu kembali dengan ramadhan akan datang? Persoalan yang sukar dan tidak dapat ku jawab. Namun doa ku panjatkan pada Ilahi agar akan dapat ku bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang. Ameen...
Taqabbalallhu minna wa minkum taqabbal ya kareem...

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan kareemm...session2...


Al quran..tiada bandingan setanding denganmu. Kalam suci penuh hikmah. Penyuluh peribadi penenang sanubari. Peneman diri. Perawat hati. Bacalah ia setiap hari.

* Cara menghafal Al-Qur’an: [1]. Niat ikhlas, [2]. Hatinya bersih, perbanyak ber-istighfar, [3]. Mohon kepada Allah agar Ia tolong kita mudah hafalkan AlQuran letakkan kefahaman itu dalam hati kita, [4]. Hafalkan sedikit demi sedikit, 1 ayat sehari, [5]. Setelah beberapa hari gabung ayat2 yang sudah dihafalkan. [6]. Demikian seterusnya sampai khatam seluruh AlQuran.
* Kuncinya: • niat ikhlas, • istighfar sungguh, • minta tolong Allah fahamkan, • sedikit demi sedikit, • diulang-ulang, • istiqamah dan sabar.

* Membaca Al-Quran Al-Kariem merupakan kewajiban tiap muslim, paling tidak di dalam shalat. Iaitu surat Al-Fatihah yang wajib dibaca saat melaksanakan ibadah shalat 5 waktu.
* Dalil/perintah untuk membaca Al-Quran: “..Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan..” [QS Al-Muzzammil: 1-4], “..Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al-Kitab dan dirikanlah shalat..” [QS Al-Ankabut: 45], “..karena itu bacalah apa yang mudah dari Al-Qur’an..” [QS Al-Muzzammil: 20], “..Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu..” [Al-Qiyamah:17-18], “..Barang siapa membaca satu huruf dari Quran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali ganda..” [HR Tirimizy dan Baihaqi].
* Bila terjemahan Al-Quran itu dibaca, tidak mendatangkan pahala secara khusus. Berbeza dengan teks aslinya dalam bahasa Arab yang mendatangkan pahala.


اللهم ارحمنى بالقرأن واجعله لى إماما و نـورا و هدى ورحـمة. اللهم ذكرنى منه ما نسـيت وعلمني منه ما جهلت وارزقنى تلاوته أناء الليل و أطراف النهار واجعله لى حجة يا رب العالمـين

“Allahummar hamnii bil qur’aan waj’alhu lii imaamaaw wa nuuraw wa hudaw wa rahmah. Allahumma dzakkirnii minhumaa nasiita wa ‘alimna minhuma jahiltu wardzuknii tilaawatahu anaa allayli wa athraafan nahaari waj’alhulii hujjatallana laa hujjata yaa rabbil ‘aalamiin..”


“Ya Allah, rahmatilah aku dengan (barakah) Al-Quran. Jadikanlah ia pimpinan bagiku, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ingatkanlah aku dengan (melalui) Al-Quran apa-apa yang aku terlupa; ajarkan kepadaku melaluinya apa-apa yang aku tidak tahu; berilah aku kefahaman dari pembacaannya pada waktu malam dan siang. Jadikanlah dia bagiku hujjah, Ya Tuhan semesta alam.” (H.R. Abu mansyur dari Abi Dzar )

Monday, September 7, 2009

You raise me up......







When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan Kareemm




Bagaimana Menghilangkan Rasa Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.


Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah beristighfar.. itulah senjata orang2 mukmin.

Friday, August 7, 2009

Ku rindu padanya...


(ibanez papa)

Sungguh ku rindu padanya. Siapakah dia??....Papa....

Kiniku Di Sini...

Thursday, June 18, 2009

Airmata 17 june 09...

Semalam hari terakhir aku bekerja sebagai marketing officer, kerana bermula 22June ini aku akan bergelar guru nun jauh di seberang sana. Aku telah di tempatkan untuk berkhidmat pada anak bangsaku di Tuaran Sabah. Aku akan memulakan pembelajaran ku semula dalam bidang perguruan di Inst Pend Guru Kampus Kent Tuaran Sabah. Sebak hati ini untuk meninggalkan segalanya yang ada di Semenanjung Malaysia. Tapi apakan daya demi sebuah kejayaan pada masa akan datang aku korbankan segalanya. Berjauhan dengan keluargaku, ma dan abah, adik-adik, rakan2 ofis dan yang palingku sayang. Namun untuk sebuah kehidupan masa akan datang pengorbanan itu adalah perlu. Jika aku menyayanginya aku perlu berkorban. Mungkin setiap apa yang ku korbankan ini akan selalu dalam perlindungan dan limpahan rahmat daripada Allah SWT.
Mataku sakit sejak semalam kerana airmata tak henti menangis kerana mengenangkan apa yang bakal ku lalui kini. Aku mohon padaNya, DIA akan selalu melindungiku dalam setiap keadaan dan setiap waktu.
" Awak jangan naughty2, jgn lewat solat, jangan sedih2, kurangkan smoking, rajin tolong mak, kerja sungguh2, jgn lupa DENDA KITA TUE, baca quran selalu, jadilah anak yang selalu menyenangkan mak ayah awak dan rindukan saya tau..hehehe.." ( khas untuk yg ku sayang ). Saya sayang awak... Nanti awak lapang awak turun Sabah tau... i'm gonna miss u 'budak buchuk'

Untuk kawan2 satu ofis, thanks sebab banyak tolong fazat sepanjang 5bulan dalam Koputri+Ukhwah+Kobeta and Kopusamaju. Exspecialy untuk Siti Noor, Abg Wan, Dayah, Siti Ramlah, Rizal and Nizan. Tak lupa juga stuff bhgian admin, semoga kerja yang you all lakukan adalah amal ibadah yang berterusan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Doakan Fazat akan selalu dipermudahkan urusan nun jauh di sana. Fazat sayang you all semua dan akan selalu rindukan saat2 kita "susah senang" bersama. Good luck dan sampai jumpa lagi. Ilal liqa.

Sunday, June 7, 2009

I'm in love with my bestfriend....



Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh
They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, fell the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Tuesday, June 2, 2009

Mabruk....




30June hari bersejarah buat kawan satu ofis. Meninggalkan zaman bujang dan melalui zaman berumah tangga dengan hidup yang perlu perkongsian antara 2jiwa, 2hati dan 2kehidupan. Dara bertemu dengan teruna..Laila bertemu majnun... Juliet bertemu dengan romeo... Moga kehidupan yang bakal di bina akan melalui jalan yang di redhai dan di rahmati oleh Allah SWT.
Ku doakan semoga segalanya adalah yang terbaik dalam hidupmu.. Salam kebahagiaan buat Sajarotuddur Ahmad and Ahmad Rafiuddin....

Tuesday, May 26, 2009

My Nephew....ADAM...





Tak tahu apa nak citer dalam blog kali nie, almaklum la agak sibuk memikirkan masa depan dan perjalanan hidup. Kali nie story about my nephew. So cute and so sweet. Dari kelahirannya ku sambut. Anakku yang bernama Mohamad Adam Naufal. Kini usianya genap masuk 8bulan. Aku yang menyambut kelahirannya di hospital swasta yang terletak di bandar Mansurah Egypt. Kecik-kecik dah lahir kt luar negara, untungnya. Hope keberuntungan yang anak kecil ini dapat akan menjadikan dia seorang anak yang soleh kelak dalam keturunannya.
Now Adam dah semakin besar, dah pandai merangkak, then dah mula pandai nak bejalan. Suka sangat nak lepas tangan then nak cuba berdiri dan jalan. Alih-alih jatuh terantuk then demam. Puas dia kena urut. Mana taknya jatuh then badan sakit-sakit tue yang membuatkan Adamku demam. Mujur ada ammati dengan ammi yg sayangkan dia. Al maklum la nephew pertama dalam keluarga Mohd Dawam+Nor Aisyah. Mungkin bakal lahir lagi generasi yang seterusnya tak lama lagi. Hehehehe.....

Saturday, May 2, 2009

Selamat Hari Pekerja...


Selamat hari pekerla untuk semua yang bekerja. Tahun ni tahun pertama aku merasainya, mana tidaknya tahun nie la aku mula melalui alam pekerjaan. Sebelum nie just meraikan tetapi tahun nie diraikan bersama dengan pekerja-pekerja yang lain. Dapat la cuti tiga hari, Jumaat, Sabtu dan Ahad. So balik kampung jumpa family.
Untuk pengetahuan member blogger insyAllah 18Mei nie aku akan di interview untuk program KPLI pengambilan June09. Takut juga nak di interview. Kena buat persediaan awal. Kena study balik. Almaklum dah lama.........so doakan yer!!!